Kerajaan PN Masih Gagal ‘Bangkrapkan’ Saya – Najib Razak

Sebaran :

Kerajaan PN Masih Gagal 'Bangkrapkan' Saya - Najib Razak

Kerajaan PN Masih Gagal ‘Bangkrapkan’ Saya – Najib Razak

Saya belum bankrap lagi dengan keputusan mahkamah tinggi hari ini.

Lama lagi dan banyak lagi proses serta langkah perlu diambil sekiranya kerajaan PN tetap nak bankrapkan saya.

Lagipun sekiranya kerajaan PN berjaya pun, ianya tak bermaksud saya akan henti bersuara demi Rakyat dan tiada sesiapa yang pernah kata status bankrap tidak boleh dipulihkan dalam masa terdekat sebab bankrap tak bermaksud saya lumpuh.

Status bankrap juga tak maksud saya terus bertukar menjadi sembab, lembab atau bodoh seperti diakui seseorang tertentu di dalam bicara khas hari itu.

Saya lihat kebanyakan media tempatan hari ini kurang mengulas point utama digunakan hakim mahkamah kenapa dia tak benarkan untuk saya tangguh usaha LHDN untuk bankrapkan saya.

Hakim mengaku bahawa pengiraan penalti cukai oleh LHDN terhadap saya perlu disemak kesahihannya oleh kebankrapan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP atau SCIT).

Proses ini belum bermula dan kita masih tunggu sejak 2 tahun lalu.

Hakim kata saya peguam saya tak berjaya buktikan bahawa LHDN tiada kemampuan untuk refund kepada saya sekiranya PKCP mengesahkan taksiran cukai penalti LHDN terhadap saya adalah salah atau tidak sah pada masa depan.

Hakim kata saya tak rugi apa-apa (no unquantifiable loss) sebab kerajaan mampu membayar balik bayaran RM1.7 bilion itu kepada saya sekiranya saya berjaya di peringkat PKCP.

Inilah apa yang saya maksudkan bahawa ianya amat mudah bagi sesebuah kerajaan untuk menyalahgunakan akta cukai untuk kenakan seteru mereka dengan apa-apa taksiran cukai yang mereka mahu.

Kalau kerajaan nak kenakan denda cukai sebanyak RM1 trilion ke atas Mahathir atau Guan Eng pun jalan terus dan sah di bawah undang-undang atas dasar “bayar dulu, bincang kemudian” ini.

Soal pengiraan taksiran itu sahih atau tidak, kira nanti.

Kerajaan PN Masih Gagal ‘Bangkrapkan’ Saya – Najib Razak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Laksa Air Itam henti operasi kerana gangguan pemungut hutang, Covid-19

 


Sebaran :

Leave a Reply