Nora Soto Padat Terbaik Di Lembah Kelang

Sebaran :

Nora Soto Padat Terbaik Di Lembah Kelang

Nora Soto Padat Terbaik Di Lembah Kelang

Kiosk Nora Soto Padat di Petaling Jaya adalah antara tempat yang patut dikunjungi untuk menikmati rasa soto enak dengan isi padat.

Keenakan dan keasliannya boleh membuatkan anda tertanya, adakah anda sedang berada di Sumatera sejurus selepas menikmatinya?

Pengusahanya, Norrah Mahadi berkata, keistimewaan soto masakannya itu adalah rempah yang digunakan kerana ia merupakan resipi turun temurun ahli keluarganya yang berasal dari Melaka dan Johor.

Lebih istimewa lagi, Norrah memastikan semua bahan-bahan yang digunakan dalam soto itu adalah hasil air tangannya sendiri termasuklah bahan sampingan seperti kuah cili kicap.

“Setelah mempelajari resipi tersebut, saya membuat keputusan untuk memanfaatkan resipi itu dengan membuka perniagaan katering selain menjualnya di gerai pada 2014.

“Sejak itu, soto yang dijual telah mendapat sambutan ramai walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dilaksanakan, dikenali sebagai antara soto terbaik di sekitar Lembah Klang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Wanita berusia 46 tahun itu memberitahu, antara menu lain yang dijual ialah sengkuang calit dan menu terbaharu, Mee Kari Menangis yang dihidangkan bersama sambal kerang.

Terdahulu, setelah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Norrah pernah bekerja sebagai pembantu peribadi, eksekutif sumber manusia serta akauntan di syarikat swasta.

“Tanpa bantuan suami dan anak-anak, pasti saya tidak dapat melakukannya. Pada mulanya orang sekeliling mempersoalkan keputusan saya yang ingin berniaga di tepi jalan walaupun mempunyai kelulusan yang tinggi dan pengalaman bekerja.

“Tetapi saya tidak hirau dan beranikan diri untuk mengambil risiko serta terus berusaha untuk menjayakan perniagaan itu. Kini, hasil pendapatan daripada perniagaan itu cukup selesa buat kami sekeluarga,” jelas ibu kepada lima orang anak itu.

Bagi yang ingin mencuba hidangan-hidangan menarik di Nora Soto Padat, boleh singgah ke kiosk yang terletak di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya atau membuat pesanan secara dalam talian menerusi Whatsapp ke nombor 012-2619248.

Namun, menurut Norrah, penghantaran makanan hanya boleh dilakukan untuk pelanggan di sekitar Selangor sahaja.

Selain itu pelanggan juga boleh pergi ke laman Instagram dmelakanorrah_ catering atau Facebook norrahmahadi untuk mengetahui menu dan informasi lebih lanjut tentangnya. – UTUSAN ONLINE

Nora Soto Padat Terbaik Di Lembah Kelang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi Soto Ayam Di Hari Raya


Sebaran :

Leave a Reply