Resepi Soto Ayam Di Hari Raya


Resepi Soto Ayam Di Hari Raya

Sangat sedap soto hari ini. Lebih lebih lagi bila dimakan beramai ramai. Siap sahaja, terus dihidangkan. Sekali makan terus licin. Ingat boleh makan ulangan di sebelah petang. Hampa. Memang kalau di hari raya kedua, orang mula mencari makanan lain selain dari ketupat, lemang dan rendang.

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini.

Resepi Soto Ayam

Bahan bahan:

1 ekor ayam
2 inci lengkuas – ketuk
1 sudu kecil lada putih – tumbuk halus
3-4 helai daun salam
½ mangkuk santan
1 kiub pati ayam
Garam

Bahan kisar:

5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1-2 inci kunyit hidup
2 inci halia

Bahan lain:

Begedil
Sambal kicap
Mee hoon – goreng
Daun sup
Daun bawang
Taugeh
Kacang tanah goreng
Bawang goreng

Cara cara:

Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga sedikit masak. Masukkan daun salam, serai dan lengkuas.

Masukkan air secukupnya untuk dijadikan kuah soto. Masak sehingga mendidih sebelum dimasukkan ayam. Biarkan seketika sehingga agak agak ayam masak. Setelah ayam masak, keluarkan ayam dan ketepikan.

Masukkan kiub pati ayam dan garam secukupnya.

Masukkan santan dan kacau rata.

Ayam yang dikeluarkan dari kuah sup, digoreng seketika dan dicarik carik kasar.

Bahan bahan lain untuk dihidangkan dengan soto ayam ialah begedil, mee hoon goreng, sayuran seperti taugeh, daun bawang, daun sup, bawang goreng dan sambal kicap.

Sambal Kicap
Cili padi
Bawang putih
Kicap
Gula
Limau nipis

Azie Kitchen

 


Baca Artikel Menarik


Resepi Ayam Goreng Mamak Rangup Dan Sedap

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker