Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas sempat ucap selamat tinggal

SEREMBAN:  Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas sempat ucap selamat tinggal. Seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun dikhuatiri lemas akibat tergelincir di sebuah longkang di Flat Cempaka, Garden Avenue, Seremban 2, dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata dalam kejadian pada kira-kira 4 petang itu, mangsa dikatakan sedang bermain dengan abangnya berusia sembilan tahun dan rakan berusia 12 tahun, sebelum tergelincir ke dalam longkang di flat berkenaan.

“Maklumat awal diterima, mangsa bersama dua lagi kanak-kanak sedang bermain di tepi longkang di kawasan Flat Cempaka dan salah seorang daripada mereka tergelincir lalu dihanyutkan air deras, ketika itu hujan lebat,” katanya kepada pemberita ketika meninjau lokasi kejadian.

Katanya, operasi mencari mangsa kini giat dilakukan di Kolam Tadahan Air Taman Arowana Impian dengan bantuan 10 anggota polis berserta 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2.

Jelasnya mengikut penilaian pihak bomba, laluan air ini akan terus ke Mambau dan tumpuan operasi pencarian dilakukan secara atas permukaan dan selepas itu akan dibantu oleh anggota scuba.

Harga daging tempatan di Kedah RM20 – RM58 sekilogram

Sempat mengucapkan ‘selamat tinggal’

Sementara itu ibu mangsa Nurain Ismail, 27, berkata dia diberitahu oleh anak sulungnya berusia 10 tahun bahawa mangsa sempat mengucapkan ‘selamat tinggal’ sebelum dibawa air deras di longkang berkenaan iaitu tempat kejadian kanak-kanak malang itu tergelincir.
Setelah mendapat panggilan daripada anak sulung, Nurain terus bergegas ke tempat kejadian yang menimpa anak ketiga daripada empat beradik itu.

“Ketika kejadian, saya sedang bekerja di sebuah rumah kebajikan di Rasah. Anak sulung menghubungi saya dan memberi tahu adik sudah lemas ketika itu, saya terus bergegas ke tempat kejadian,” katanya sebak ketika ditemui pemberita di sini.

Nurain berkata beliau reda dengan kejadian yang menimpa keluarganya itu dan berharap pihak polis dan bomba segera menemukan anaknya itu.

BERNAMA

 


Baca Artikel Menarik


Umno bukan tiada otak nak desak PRU15 waktu Covid-19 memuncak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker