Harga daging tempatan di Kedah RM20 – RM58 sekilogram

YAN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kedah, antara pembekal daging lembu tempatan utama di Kedah menjual bahan makanan itu sehingga RM58 sekilogram mengikut bahagian.

Harga itu ditetapkan oleh Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd dan dipersetujui FAMA walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menetapkan harga siling daging lembu tempatan ialah RM34 mengikut Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2021.

Pengarah FAMA Kedah, Isa Hamzah, berkata harga daging tempatan tidak melebihi RM35 sekilogram (kg) tetapi bagi daging harimau menangis (bahagian dalam paha belakang lembu) harganya RM58 sekilogram manakala daging batang pinang pula RM42 sekilogram.

“Bagi tulang campuran pula harganya adalah RM32 sekilogram, jantung RM25, hati RM28, limpa dan paru RM33, perut RM25, tetal RM20 serta ekor pula RM37 sekilogram.

“Bagi harga tulang kaki pula, ia dijual dengan harga RM45 seunit manakala kepala RM60 seunit,” katanya.

Beliau berkata FAMA Kedah memberi jaminan bekalan barangan keperluan bagi perayaan Aidilfitri di negeri ini mencukupi.

Umno bukan tiada otak nak desak PRU15 waktu Covid-19 memuncak

Katanya, pihaknya turut menawarkan harga yang berpatutan di 185 outlet FAMA dengan bilangan peserta (peniaga) seramai 1,024 orang di seluruh negeri.

“Di Kedah kita mempunyai sebanyak empat Pasar Tani Kekal (PTK) dan 15 Pasar Tani, orang ramai boleh mendapatkan bahan mentah seperti ayam, daging, kelapa dan sayur-sayuran segar dengan harga yang tidak melebihi harga siling ditetapkan kerajaan.

“Bagaimanapun di negeri ini harga ayam kita boleh dapat dengan harga yang lebih murah berbanding harga yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) iaitu RM7.90 sekilogram berikutan Kedah mempunyai sebuah syarikat yang menjadi antara pengeluar ayam terbesar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Jualan Pra Syawal di PTK Guar Chempedak, di sini hari ini.

 

PKP: Jangan tutup industri bersasar sahaja – PPMPM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker