Resepi Kek Batik Indulgence Tanpa Telur Tanpa Oven


Resepi Kek Batik Indulgence Tanpa Telur Tanpa Oven

Masa Penyediaan: 20 minit,
Masa Memasak:15 minit,
Jumlah Hidangan:9×9 inci kek batik

Kek Batik Indulgence, yang mempunyai 3 lapisan iaitu lapisan kek batik, lapisan cheese dan coklat ganache. Dessert yang mudah, kerana kita tak perlu bakar guna oven. Untuk kek batik, kali ni kita sediakan tanpa telur.

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk Kek Batik:

2 pack /540g biskut marie
250g mentega
1/2 tin /200g susu pekat manis
1 cawan serbuk Milo
3/4 cawan /180ml susu full cream
1/2 cawan /50g serbuk koko
1/4 sudu kecil garam *for unsalted butter
1 sudu kecul esen vanilla

Bahan-bahan untuk lapisan cheese:

250 g krim keju
3 sudu besar /50g gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar susu pekat manis
3/4 sudu besar serbuk gelatin
3 sudu besar air panas
200 ml krim putar tenusu

Bahan-bahan untuk coklat ganache:

300g coklat masakan gelap
250g krim putar tenusu
1 sudu besar butter
1 sudu kecil esen vanilla

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk kek batik:

Lapik loyang dengan plastik atau kertas kalis air.

Patah-patahkan biskut marie.

Panaskan butter sehingga cair kemudian masukkan susu pekat manis, serbuk milo, susu full cream dan serbuk koko. Kacau sampai tak berketul.

Masukkan esen vanila, garam (kalau guna unsalted butter).

Kacau sampai mendidih dan tutup api.

Tuang biskut maire yg dipatahkan tadi sikit demi sedikit.

Tuang ke dalam loyang.

Ratakan dan tekan rapat.

Sejukkan dalam peti ais sementara sediakan lapisan cheese.

Cara-cara untuk lapisan cheese:

Bancuh gelatin dengan air panas dan kacau sampai larut.

Masukkan krim cheese dalam mangkuk adunan.

Masukkan gula kastor, esen vanilla, susu pekat dan cecair gelatin.

Kacau sekata.

Dalam bekas yang berasingan, putar whipping cream sehingga kental.

Campurkan whipping cream dalam adunan cheese.

Keluarkan kek batik dan tuang adunan cream cheese di atasnya.

Ratakan dan masukan balik kedalam peti sejuk.

Cara-cara untuk lapisan coklat ganache:

Cairkan coklat (double boil).

Masukkan whipping cream kemudian kacau sehingga suam dan larut.

Masuk sedikit butter (supaya lapisan ganache berkilat).

Masukkan esen vanilla.

Bila dah cair sekata boleh angkat.

Keluarkan kek batik dari peti sejuk dan tuang coklat ganache.

Simpan dalam peti sejuk semalaman.

Tips:

Jangan panaskan (double boil) terlalu lama coklat ganache.

Sentuh bubble yang muncul atas lapisan coklat ganache supaya lapisan ganache tak menggerutu.

Rendam pisau dalam air panas setiap kali kita potong, potongan lebih kemas dan bersih dengan cara ni.

Resepi Che Nom

Resepi Kek Sarang Semut yang Legend

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker