Biodata Acryl Sani Abdullah Sani

 

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani
Ketua Polis Negara Malaysia. Dato’ Seri Panglima Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani.

Berikut adalah Biodata, Profail dan Latar Belakang Dato’ Seri Panglima Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani Ketua Polis Negara Malaysia yang dikemaskini pada 1 Mei 2021.

Dilahirkan di Petaling Jaya selangor pada 3 Oktober 1961 ialah seorang pegawai polis Malaysia. Beliau merupakan Timbalan Ketua Polis Negara Malaysia terkini sejak 14 Ogos 2020.

Beliau akan menjawat jawatan Ketua Polis Negara Malaysia ke-13 pada 4 Mei 2021.



Beliau sebelum ini pernah menyandang jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman.

Pendidikan

Beliau telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan telah memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam .  Kemudian beliau melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan memperolehi Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan) (Universiti Utara Malaysia).

Kerjaya

Pada 2 Februari 1986, beliau secara rasmi menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Kadet Asisten Superintendan Polis (ASP).

Sepanjang kerjayanya, beliau pernah menyandang jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial serta Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi.



Timbalan Ketua Polis Negara

Beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 14 Ogos 2020 bagi menggantikan penyandang beliau, Datuk Mazlan Mansor yang bersara wajib pada hari yang sama.

Pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, dengan nasihat Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin.

Ketua Polis Negara

Acryl menerima surat pelantikan sebagai Ketua Polis Negara pada 30 April 2021 bagi menggantikan penyandang beliau, Abdul Hamid Bador yang bakal tamat kontrak pada 3 Mei 2021. Beliau akan menerima tugas secara rasmi pada 4 Mei 2021.

 



Yang Dihormati Dato’ Seri Panglima Acryl Sani Abdullah Sani
PJN; SSAP (Pahang); SPTS, DPTS (Perak); DIMP (Pahang); KMN
Ketua Polis Negara Malaysia ke-13
Memegang jawatan
4 Mei 2021
Dilantik oleh Al-Sultan Abdullah
Raja Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
Menteri Hamzah Zainudin
Menggantikan Abdul Hamid Bador
Timbalan Ketua Polis Negara Malaysia ke-26
Penjawat kini
Memegang jawatan
14 Ogos 2020
Dilantik oleh Al-Sultan Abdullah
Raja Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
Menteri Hamzah Zainudin
Didahului oleh Mazlan Mansor
Butiran peribadi
Lahir 3 Oktober 1961 (umur 59)
Petaling Jaya, Selangor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Pasangan Datin Seri Panglima Ir. Zaitun Mohd Isa
Alma mater Universiti Teknologi Malaysia
Pekerjaan Polis

FOTO

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani
Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani

 

 

Acryl Sani dilantik Ketua Polis Negara baharu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker