Perkhidmatan kesihatan India kritikal, lebih 40 negara tawar bantuan

Perlukan peralatan yang hasilkan oksigen untuk tangani wabak

 Lebih 40 negara menawarkan bantuan kepada India bagi menangani lonjakan kes jangkitan COVID-19 yang semakin buruk.

Kementerian Luar Negeri berkata, negaranya berharap dapat menerima peralatan oksigen membabitkan 550 penjana, 4,000 penumpu dan 10,000 silinder dari luar negara dalam tempoh akan datang bagi menangani wabak. 

“Terdapat banyak solidariti diterima oleh India. Lebih 40 negara telah memberikan komitmen untuk menyediakan peralatan yang diperlukan dengan segera,” kata Setiausaha Luar Negeri, Harsh Vardhan Shringla pada taklimat media, semalam. 

Shringla berkata, kerajaan mengharapkan pesawat dari Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Perancis dan Ireland akan tiba di India tidak lama lagi. 



KPN : Saya dah bawa perkara ini kepada PM, tapi

“Lebih 40 negara bukan hanya negara maju tetapi juga dari jiran seperti Mauritius, Bangladesh, Bhutan semuanya tampil untuk menawarkan bantuan dengan kemampuan seberapa banyak mungkin,” katanya.

Pihak berkuasa India mengutamakan pemerolehan bahan tertentu, di mana oksigen cair adalah salah satunya. Negara itu juga memerlukan untuk sebarang peralatan yang menghasilkan oksigen. 



India merekodkan kes baharu pada Khamis iaitu 379,257 jangkitan yang mengejutkan dalam tempoh 24 jam terakhir. 

Selepas UK menghantar penghantaran pertama pada Selasa, dua penerbangan segera dari Russia tiba di India pada Khamis dengan membawa bahan bantuan. –  Agensi

Takkan ‘kerajaan katak’ nak siasat ‘katak politik’, kata Shahrir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker