Enam tahun saya bersabar, sentiasa dekatkan diri kepada Allah

Enam tahun saya bersabar, sentiasa dekatkan diri kepada Allah

Selepas menjalani pelbagai dugaan dan cabaran selama enam tahun untuk membersihkan namanya, bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad kini mahu menjalani kehidupan bahagia bersama keluarga selepas Mahkamah Rayuan hari ini membebaskannya daripada sembilan tuduhan rasuah.

Namun Mohd. Isa tidak menolak kemungkinan kembali ke dalam dunia politik jika masih diperlukan.



“Saya sudah bersara daripada politik, jadi saya tiada rancangan. Politik adalah subjektif, boleh masuk (kembali aktif) dan boleh tidak. Ia bergantung kepada keadaan. Kalau keadaan baik dan memerlukan, saya (boleh) sertai atau tidak saya sebagai jadi penyokong parti saya tidak berubah.

“Kes pun belum habis lagi, mungkin ada rayuan lain, tapi yang pasti saya adalah penyokong UMNO yang taat setia,” katanya kepada media ketika ditemui selepas prosiding kes hari ini.

Sementara itu, isteri Mohd. Isa Puan Sri Bibi Sharliza Mohd. Khalid bersyukur atas keputusan mahkamah dan menyifatkan ia satu kemenangan kepada keluarga selepas melalui tempoh sukar selama enam tahun.

“Setiap hari tanpa gagal suami akan berdoa kepada Allah, lebih dekat dengan Allah tanpa berjumpa sesiapa untuk mempengaruhi kes dia. “Ini satu kemenangan bagi kami selepas tunggu enam tahun, tidak ada kemana-mana, tiada sebarang pembabitan dalam politik hanya berdoa setiap hari, suami juga sentiasa yakin beliau tidak bersalah, saya dan anak-anak sentiasa memberi semangat, kami kenal dia dan tahu dia seorang yang sangat baik hati,” katanya.



Terdahulu Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan Mohd. Isa atas sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M Komathy Suppiah, membuat keputusan secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan Mohd. Isa, 75, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman itu. K Online

Enam tahun saya bersabar, sentiasa dekatkan diri kepada Allah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebelum jadi Datin tak seksi sangat

‘Saya bukan geng plastik hitam’



Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys

Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker