Resepi Kuih Lapis Lembut Dan Sedap


Resepi Kuih Lapis Lembut Dan Sedap

Kuih ini sangat sedap dan cukup lembut dan terasa haruman perisa ros. Selain menggunakan tepung jagung, boleh juga menggunakan tepung ubi. Jadi kuih akan lebih berkilat dan lembut.

Semasa berbuka saya dah makan sedikit. Dipotong walaupun masih panas panas. Pagi pagi hari ini, baru saya potong. Memang cantik jika dipotong ketika ianya benar benar sejuk.

Kuih Lapis Sedap Dan Lembut

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
4 cawan santan (1 cawan santan kotak & 3 cawan air)
¼ sudu kecil garam
Sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara cara:

Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 x 7 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Nyalakan api dan masak sebentar sehingga ia menjadi suam-suam kuku. Tutup api.

Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Tuangkan santan sambil digaul rata hingga tidak berbintil.

Tapis dan bahagikan kepada 2 bahagian. Adunan ini menghasilkan lebih kurang 1400 ml) bahagi kepada 700 ml setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

Masukkan loyang yang telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang ¾ cawan adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat.

Setelah lapisan pertama masak, tuang ¾ cawan adunan merah. Kukus lagi. Nota: lap tudung periuk pengukus supaya air tidak banyak menitis.

Ulang proses hingga habis 8 lapisan diakhiri dengan lapisan merah.

Untuk lapisan atas sekali, boleh tambah sedikit lagi pewarna merah untuk wana lapisan akhir lebih menyerlah. Sebaiknya ditutup dengan aluminium foil supaya permukaan lebih cantik.

Selepas dimasukkan lapisan atas sekali, kukus selama 20 minit. Kemudian biarkan lapisan atas dikukus selama 5 minit tanpa penutup pengukus bertujuan untuk mengeringkan air di permukaan kuih.

Sejukkan kuih lapis sebelum dipotong menggunakan pisau plastik atau pisau yang telah disapu dengan minyak. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis.

Nota:

Lebih elok dibuat sebelah malam untuk dipotong sebelah pagi.

Bagi mengelakkan wap pengukus menitis, boleh dilap tudung pengukus setiap beberapa minit atau lapis loyang dengan aluminium foil.

Azie Kitchen

Resepi Kuih Lapis Lembut Dan Sedap


Baca Artikel Menarik


Resepi Apam Beras Gerenti Jadi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker