Resepi Ayam Goreng Mamak Rangup Dan Sedap

Resepi Ayam Goreng Mamak Rangup Dan Sedap
Resepi Ayam Goreng Mamak Rangup Dan Sedap

Resepi Ayam Goreng Mamak Rangup Dan Sedap. Alhamdulillah malam semalam malam yang ke25 Ramadhan. Malam ganjil yang berkemungkinan jatuh pada malam Lailatul Qadr. Mudah mudahan kita semua mendapat ganjaran besar yang dijanjikan untuk malam Lailatul Qadr bagi siapa yang memburunya. Jangan lupa malam ini malam ke 27.

Seharusnya setiap orang akan mendapatnya samada banyak atau sedikit amalan kita pada malam tersebut. Paling minimum pun, kita akan melakukan solat Maghrib dan solat Isyak kan? Jadi dah pun dapat. Belum lagi dikira solat sunat sebelum dan selepas solat Maghrib dan Isyak, solat terawih, solat malam dan lain lain lagi.

Malam Lailatul Qadr adalah anugerah Allah pada umat Nabi Muhammad SWA yang umurnya pendek pendek sahaja. Jadi amalan dan pahala tidak banyak seperti umat terdahulu yang usia mereka sehingga beratus dan beribu tahun. Jadi rugi jika kita mensia siakan malam malam 10 akhir Ramadhan ini. Jangan jadi orang yang rugi tau.

Tidak lama lagi Ramadhan akan berakhir dan Syawal akan menjelma. Jadi saya mula memikirkan apa menu untuk dihidangkan di hari raya nanti. Kita tahun ini akan beraya dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi kena memasak untuk sehari raya. Untuk sarapan, makan tengahari dan malam.



Kalau masakan berasaskan nasi, pastinya nasi minyak, nasi tomato atau nasi beriyani. Jadi apa lauknya? Hmm yang pasti kena ada ayam. Hmm boleh juga ayam goreng mamak juga.

Ayam goreng mamak ni menjadi kesukaan ramai orang kan. Kalau nampak jer, mesti nampak menarik dan menyelerakan. Anak anak saya pula kalau tak ada ayam macam tak ada lauk. Walaupun banyak lauk, akan tetap tanya pasal ayam.

Ayam goreng mamak ni selain dimakan dengan nasi, sesuai juga dengan mee hoon, lemang atau makan begitu sahaja. Apa apa pun ayam ini memang sedap dan tidak terasa muak pun. Dalam gambar di bawah, saya makan dengan nasi lemak kukus.

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….



Ayam Goreng Mamak

Bahan bahan:
1 ekor ayam
2 sudu besar serbuk kari ayam
6 sudu besar tepung jagung
6 sudu besar tepung beras
1 sudu besar serbuk cili
3 pelepah daun kari
1 biji telur
1 sudu besar serbuk lada sulah
Garam

Bahan kisar:

6 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu besar cili kisar

Cara cara:

Perap ayam dengan semua bahan di atas sehingga berpalut selama 1 jam. Lagi lama lagi sedap. Nota: jika guna ayam besar, boleh cucuk bahagian isi tebal dengan menggunakan garfu supaya ayam masak sekata.

Resepi Ayam Goreng Mamak Rangup Dan Sedap



Panaskan minyak dan goreng atas api sederhana sehingga masak.

Resepi Ayam Goreng Mamak Rangup Dan Sedap
Resepi Ayam Goreng Mamak Rangup Dan Sedap

Nota:
Jangan digoreng terlalu banyak sekali gus kerana minyak akan turun suhunya. Selepas dikeluarkan ayam, panaskan minyak dulu sebelum dimasukkan ayam seterusnya.

Azie Kitchen



Resepi Ayam Ros Viral

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker