Polis sah terima laporan terhadap Takiyuddin

 

PETALING JAYA: Polis mengesahkan telah menerima laporan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan berhubung dakwaan derhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani berkata, siasatan sedang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Sekiranya diperlukan, individu-individu yang berkaitan akan dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin berkata polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil Takiyuddin bagi merakamkan keterangan berhubung dakwaan derhaka kepada Agong.

Hamzah berkata, ia susulan laporan polis dibuat pembangkang termasuk dari Pakatan Harapan (PH).

Semalam Ketua Pemuda PH, Shazni Munir Mohd Ithnin mendesak polis menjalankan siasatan terhadap Takiyuddin yang didakwa mempersenda Agong.

Ini susulan kenyataan Takiyuddin memberi bayangan bahawa masanya ‘sudah hampir’ untuk Parlimen bersidang selepas Agong menitahkan persidangan perlu diadakan secepat mungkin untuk membahaskan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.

Polis sah terima laporan terhadap Takiyuddin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Semua orang faham maksud Raja-raja Melayu

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker