Nasihat Muhyiddin pada Agong tak memuaskan – Anwar

Nasihat Muhyiddin pada Agong tak memuaskan – Anwar

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, berkata Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menyedari nasihatnya kepada Yang di-Pertuan Agong dalam pertemuan minggu lalu sebenarnya tidak memuaskan baginda.

Dalam satu video di Facebooknya, Anwar berkata disebabkan itulah Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Majlis Raja-Raja mengeluarkan pandangan dan titah semalam.

“Perdana Menteri menyatakan beliau telah sampaikan kepada Agong soal Covid-19, ekonomi, Parlimen dan darurat.

“Setelah dengar ini semua, Agong berpendapat, memberi pandangan dan titah sedemikian. Maknanya tidak memuaskan,” katanya.

Semalam, Raja-Raja Melayu berpandangan tidak ada keperluan untuk darurat dilanjutkan selepas 1 Ogos.

Majlis Raja-Raja Melayu juga bersetuju bahawa suhu politik yang semakin panas perlu diredakan dan “pentingnya sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat keyakinan serta sokongan majoriti rakyat.”

Dalam kenyataan menerusi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad, Yang di-Pertuan Agong, dan lapan lagi Raja Melayu mengambil maklum bahawa angka jangkitan Covid-19 harian membesar walaupun negara bawah darurat.

Dalam pada itu, Anwar membidas kenyataan menteri-menteri mengatakan ekonomi negara pada masa ini dipacu dengan meyakinkan.

Beliau berkata, namun sebenarnya banyak rakyat ketika ini sedang mengganggur dan mempunyai masalah kewangan.

“Kita mewakili kawasan-kawasan setiap hari mendapat dengar keluhan orang kurang makan,” katanya. FMT

Nasihat Muhyiddin pada Agong tak memuaskan – Anwar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Binatang politik saja desak parlimen dibuka – Bersatu

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker