Resepi Sambal Udang Goreng Bertelur

Sebaran :


Resepi Sambal Udang Goreng Bertelur

Pernah makan tak? Biasa masak sambal udang goreng petai, tumis, kunyit, kari, hari ni kita buat versi bertelur. Ermm biasa juga kita tengok ketam yang dimasak bersama telur kan…. yang ini versi udang pula, nak resepi tak? Jom cuba resepi sambal udang goreng bertelur ni.

Bahan-Bahan:

1kg Udang (lumur dengan kunyit dan garam)
3biji telur
1senduk bawang kisar (bawang merah dan putih)
2 senduk stgh cili kisar
1cawan air asam (buat cair-cair je)
Garam dan gula secukup rasa

Cara Masak:

1. Panaskan minyak, goreng udang separuh masak aje (ni cara org tua saya ye). Dah siap ketepikan.

2. Panaskan minyak, tumis bawang kisar hingga naik bau dan garing kekuningan, baru masukkan cili kisar.

3. Masak sehingga sambal tersebut pecah minyak ye. Baru tuang air asam kacau-kacau rata. Masukkan garam dan gula seckup nya.

4. Lepas tu baru tuang udang tadi ke dalam kuali, bagi dia mendidih, baru pecahkan 3 biji telur dalam tu. Biarkan seketika baru gaul bersama dengan udang. Ok, siap.

Resepi Oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi filet ikan bakar dengan sos tomato dan parmesan


Sebaran :

Leave a Reply