Usahawan kosmetik didakwa persenda Islam pukul anak pula


Tak puas hati status WhatsApp, usahawan kosmetik didakwa persenda Islam pukul anak

Usahawan kosmetik yang sebelum ini disiasat kerana mempersendakan agama Islam kali ini didakwa memukul anak perempuannya kerana berang dengan status WhatsApp dimuat naik remaja berkenaan.

Remaja berusia 16 tahun itu dipercayai turut dipukul bapa tirinya dalam kejadian pada 4.30 petang semalam di rumah mereka di Kampung Pauh, Pasir Mas, Kelantan.

Mangsa yang mengalami bengkak pada bahagian kiri kepala, luka pada bahagian dalam pipi dan lebam pada beberapa anggota badan menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, kata Ketua Polis Daerah Pasir Mas Mohd Nasaruddin M Nasir.

Beliau berkata, sebelum kejadian, mangsa dipanggil keluar dari bilik oleh ibunya yang tidak berpuas hati dengan status WhatsApp berkenaan.

Dia kemudian dimarahi ibunya dan ditampar oleh bapa tirinya beberapa kali.

“Selepas itu, wanita berkenaan bertindak memukul kepala anaknya menggunakan tangan. Ibu remaja itu kemudian telah cuba memukul mangsa dengan kayu hoki, namun dia sempat melarikan diri.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada status yang dimuat naik mangsa mengenai ibunya yang mengungkit mengenai soal harta selain (si ibu) turut memarahi remaja berkenaan kerana tidak bekerja,” kata Nasaruddin, menurut laporan Kosmo.

Bagaimanapun, ibu dan bapa tirinya, kedua-duanya berusia 33 tahun, tidak mengeluarkan sebarang ugutan jenayah semasa kejadian, tambahnya.

Status yang dimuat naik mangsa kemudian telah dipadam, kata Nasaruddin.

Mangsa yang sudah berkahwin tinggal bersama suami, ibu dan bapa tirinya di rumah tersebut.

Kedua-dua suspek telah ditahan pada 9 malam tadi bagi membantu siasatan, kata Nasaruddin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan. FMT


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Zuraida Gesa Henti Sebar Video Tular Babitkan Usahawan Kosmetik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker