Zuraida Gesa Henti Sebar Video Tular Babitkan Usahawan Kosmetik

Zuraida Gesa Henti Sebar Video Tular Babitkan Usahawan Kosmetik

 

Zuraida Gesa Henti Sebar Video Tular Babitkan Usahawan Kosmetik

Semua pihak diminta menghentikan penyebaran video melibatkan usahawan kosmetik yang didakwa membuat komunikasi lucah dan amang seksual membabitkan kanak-kanak di bawah umur.



Pengasas Majlis Pimpinan Politik Wanita Malaysia (Comwel) Datuk Zuraida Kamaruddin dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan perkara itu adalah bagi mengelakkan ketidakselesaan kepada masyarakat dan dikhuatiri menyumbang kepada masalah sosial dalam kalangan anak-anak.

“Sebagai ibu bapa, pantaulah aktiviti harian anak-anak kita agar tidak terjebak dalam perkara ini. Apatah lagi pada ketika ini, gajet seperti telefon bimbit merupakan medium perhubungan dan alat komunikasi asas yang penting buat mereka khususnya ketika pembelajaran secara dalam talian,” katanya.

Zuraida Gesa Henti Sebar Video Tular Babitkan Usahawan Kosmetik

Beliau berkata usahawan itu perlu dikenakan tindakan kerana berkongsi atau menyebarkan kandungan lucah membabitkan kanak-kanak menerusi video yang tular sejak 9 Jun lepas.

Katanya tindakan usahawan itu adalah salah di sisi moral masyarakat serta undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.



Zuraida turut menyeru semua pempengaruh supaya memanfaatkan medium itu sebaik mungkin dengan menyebarkan perkongsian maklumat bermanfaat terutama ketika Malaysia dan dunia berdepan ancaman pandemik COVID-19.

Beliau berkata inilah masanya untuk pempengaruh media sosial menasihati pengikut masing-masing untuk mendaftarkan diri dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan sebagai usaha bersama memerangi wabak itu.

— BERNAMA

Zuraida Gesa Henti Sebar Video Tular Babitkan Usahawan Kosmetik




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Amang Seksual: Usahawan Kosmetik Safiey Illias Di Buru Polis Selepas Ajak Kanak-Kanak “Live” 2 Pagi



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker