Amang Seksual: Usahawan Kosmetik Safiey Illias Di Buru Polis Selepas Ajak Kanak-Kanak “Live” 2 Pagi

Berikutan sesi secara langsung usahawan sensasi, Safiey Ilias yang membuat IG Live bersama seorang rakannya yang dikenali sebagai ‘Pipinatasha’ serta dua orang kanak-kanak pada jam sekitar 2 pagi, satu laporan polis telah dibuat oleh pensyarah, Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar.

[videopress 2nhyBDHL]

Safiey Lakukan Tiga Kesalahan

Polis sedang mengesan pemilik akaun Instagram ‘safieyillias94’ berhubung dakwaan berkomunikasi secara lucah dan melakukan perbuatan amang seksual terhadap kanak-kanak bawah umur.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata kejadian itu dikatakan berlaku ketika pemilik Instagram berkenaan mengadakan sesi perbualan dan sidang video secara langsung disertai pengguna Instagram bernama ‘pipinatasha’ dan dua kanak-kanak bawah umur.

“Polis menerima laporan daripada seorang seorang pensyarah universiti pada jam 1.29 tengah hari tadi, yang yang melihat insiden berkenaan melalui pautan Instagram secara langsung milik ‘safieyillias94’.

Menerusi laman Facebook nya,Rafidah berkata Safiey dan Pipinatasha telah melakukan tiga kesalahan termasuklah berkomunikasi secara lucah dan melakukan perbuatan amang seksual terhadap dua orang kanak-kanak itu.

“Laporan polis dibuat ke atas pengguna Ig SafieyIllias94 yang menjadi host Live Instagram melibatkan 2 kanak-kanak bawah umur”

“Laporan di buat melibatkan kesalahan :
1. Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 : Perbuatan berkongsi atau menyebarkan kandungan lucah
2. Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017
3. Kesalahan di bawah OBD (orang belum dewasa) Peraturan2 Kawalan Hasil Tembakau 2004”

“Saya rasa kita dah banyak bertolak ansur dengan mereka yang Instafamous ini. Ibubapa, kejadian ini berlaku 1.50 pagi. Anak-anak tak sepatutnya menggunakan HP waktu dinihari dan bagi tujuan melawat atau terlibat dalam IgLive sebegini” – tulis Rafidah

“Pengguna Instagram ‘pipinatasha’ juga didakwa berpakaian seksi selain bersama ‘safieyillias94’ menunjukkan cara menghisap vape atau rokok elektronik kepada kanak-kanak terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12(1)Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.-BH

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker