Mat Said akhirnya tumbang di Kijal, Azmin Ali menang Hulu Kelang

Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Kijal yang disandangnya selama sembilan penggal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Beliau yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu tewas kepada Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris yang menang bergaya dengan majoriti undi 3,758 undi dalam pertembungan satu lawan satu.

Razali berjaya memperoleh 13,403 undi, manakala Ahmad mendapat 9,645 undi yang diumumkan Pengurus Pilihan Raya, Hanum Isa@Ghazali di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Sivik Kijal di sini pada pukul 9.40 malam.



Pada PRU14, dalam pertembungan tiga penjuru, Ahmad menang dengan jumlah undi sebanyak 9,545.

Ahmad menyandang kerusi DUN Kijal sejak 1990 selama sembilan penggal pernah dikalahkan Mehamed Sulong daripada Pas pada tahun 1999 dengan hanya 264 undian

Keputusan tidak rasmi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang menyaksikan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului dengan majoriti 1,253 undi.

Azmin memperoleh 11,196 undi meninggalkan calon Pakatan Harapan (PH) Juwairiya Zulkifli yang mendapat 9,943 undi.



Perkembangan setakat jam 9.30 malam itu melibatkan perkiraan 53 saluran berbanding 142 jumlah saluran.

Mohamed Azmin yang juga bekas Menteri Besar Selangor, sebelum ini adalah penyandang bagi kerusi DUN Bukit Antarabangsa, manakala Juwairiya pula penyandang kerusi DUN Bukit Melawati.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lepas pakai tudung, tak dapat job sampai kereta kena tarik – Lisdawati



Sayangnya Hidup Dah Habis Dengan Kau Lelaki – Zarina Zainuddin

Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal



Rozita Che Wan mengamuk, ‘bab* mana buat cerita ni’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker