Intan Najuwa – Syok Sendiri Melaram Di Rumah [VIDEO]

INTAN NAJUWA - SYOK SENDIRI MELARAM DI RUMAH

INTAN NAJUWA – SYOK SENDIRI MELARAM DI RUMAH

Pelakon Intan Najuwa menerusi laman Instagarm miliknya dilihat tidak menjadikan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai penghalang buatnya untuk terus melaram dan tetap tampil bergaya walaupun berada di rumah sahaja.

Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid memberitahu, sejak PKP dilaksanakan awal bulan ini, dia kerap memuat naik video Reels dalam Instagram dengan mengenakan beberapa jenis pakaian pelbagai warna untuk tatapan pengikutnya.



Bagaimanapun, Intan mengakui ada menerima banyak mesej yang mengatakan dirinya ‘syok sendiri’. Tidak mudah melatah dengan kritikan tersebut, Intan berkata tindakannya itu tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Memang banyak mesej (DM) masuk mengatakan saya ni syok sendiri sebab dekat rumah pun sibuk asyik nak melaram sana-sini. Tetapi itu cara saya. Lagi pun bukan saya langgar prosedur operasi standard (SOP) pun. Saya di rumah sahaja dan tak keluar kemana-mana pun,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon ‘Tak Sempurna Mencintaimu’ itu berkata dia melaram di rumah bagi menghilangkan rasa bosan sekaligus dapat mengisi masa lapang, ekoran pelaksaan PKP yang menyebabkan aktiviti penggambaran terpaksa ditangguhkan.

“Dengan cara itu (melaram), saya rasa puas dan dapat mengisi masa lapang di rumah. Sekurang-kurangnya rasa bosan tu dapatlah dikurangkan. Ramai juga yang DM tanya petua dan rahsia bagaimana saya mengekalkan kecantikan dan kesihatan diri sepanjang PKP,” ujarnya lagi.



Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti memuji bentuk badan langsing Intan yang menjadi idaman kebanyakan kaum wanita.

Terdahulu, Intan tidak mahu lagi dikaitkan dengan bekas tunangnya, Razrul Anwar Rusli selepas mengesahkan sudah membawa haluan hidup masing-masing sejak awal tahun lalu.

INTAN NAJUWA - SYOK SENDIRI MELARAM DI RUMAH

INTAN NAJUWA - SYOK SENDIRI MELARAM DI RUMAH



INTAN NAJUWA – SYOK SENDIRI MELARAM DI RUMAH


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Biodata Intan Najuwa – Artis , Pelakon dan Model



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker