Bekas menteri India didakwa rogol pelakon Malaysia


Bekas menteri India didakwa rogol pelakon Malaysia. Adakah bekas menteri India tersebut didakwa rogol pelakon Malaysia tersebut.

Bekas menteri negeri India ditahan di Bengaluru, India, hari ini selepas didakwa merogol seorang pelakon Malaysia bersama beberapa lagi tuduhan lain.

M Manikandan, yang berkhidmat sebagai menteri teknologi maklumat Tamil Nadu antara 2016 hingga 2019 dituduh merogol, mengakibatkan keguguran, mendatangkan kesakitan, menipu dan ugutan jenayah bawah Kanun Keseksaan India.

Dia turut didakwa mengikut Akta Teknologi Maklumat.

Penahanan Manikandan susulan laporan dibuat pelakon Shantini Theva kepada polis India bulan lalu.

Shantini mendakwa menjalin hubungan sulit dengan Manikandan selama lima tahun, dan Manikandan turut berjanji untuk mengahwininya walaupun dia sudah berkahwin.


M Manikandan.
Menurut laporan akhbar India, The Hindu, “jaminan awal” terhadap Manikandan ditolak pada Rabu.

Shantini Theva mendakwa mempunyai hubungan sulit dengan bekas menteri negeri India, M Manikandan.

Laporan itu mengatakan, Shantini menuduh Manikandan menghamilkannya sebanyak tiga kali, memaksanya menggugurkan kandungan dan mengugut ahli keluarganya di Malaysia bila dia mendesak Manikandan untuk mengahwininya.

Dalam laporan berasingan di akhbar The Indian Express, Shantini menuduh bekas menteri negeri itu menyerangnya beberapa kali, mengancam dan mengugut untuk menyebarkan gambar intim dan video mereka di internet dan turut diugut bunuh.

Bekas menteri negeri itu dilaporkan menafikan segala tuduhan berkenaan.

Akhbar The Hindu melaporkan, Manikandan diperkenalkan kepada Shantini pada 2017 dan mula menjalinkan persahabatan dengan alasan untuk melabur di Malaysia. FMT

Bekas menteri India didakwa rogol pelakon Malaysia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Abdul Wahid Gabenor Bank Negara yang baru?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker