Resepi Kuih Lompat Tikam

Sebaran :


Resepi Kuih Lompat Tikam

Kuih lompat tikam terkenal di sebelah Pantai Timur tanah air kita. Selalunya ada dijual di pasar pagi. Boleh dibuat untuk sarapan dan minum petang. Kali ini kita kongsikan resepi kuih lompat tikam.

Lapisan hijau:

2 cawan tepung beras
3 cawan air
1 cawan air daun pandan
1/2 sk garam
1 sk air kapur

Lapisan putih:

1 senduk leper tepung beras (sukatan menggunung)
2 cawan santan
1/2 cawan air
1/4 sudu kecil garam

Pulut Merah

1 cawan pulut – rendam terlebih dahulu
Santan cair secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit pewarna merah

Air gula melaka:

3 keping gula melaka atau lebih ikut citarasa.I
Air secukupnya
1 helai daun pandan

Cara lapisan hijau:

Gaul rata semua bahan lapisan hijau dalam mangkuk dan tapis. Kecairan mestilah bila senduk kayu diangkat tinggi, ianya mengalir laju dan tak melekat di senduk.

Masakkan adunan ini ke dalam kuali tembaga (jika ada) dan kacau atas api yang sederhana sehingga menggelegak. Mula mula saya kacau dengan whisk, lagi mudah. Lepas dah mengeras, baru guna senduk kayu.

Terus dikacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat serta menggelembung. Masukkan ke dalam loyang dan disejukkan.

Cara lapisan putih:

Satukan semua bahan lapisan putih dalam mangkuk dan tapis. Masak atas api sederhana dengan sentiasa dikacau dengan whisk sehingga mendidih dalam 15-20 minit.

Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.

Nota: lapisan putih mesti rasa masin sedikit, baru sedap

Cara Pulut Merah:

Panaskan periuk pengukus dan kukus beras pulut selama 10-15 minit.

Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan santan cair yang telah dicampur dengan garam halus, agak agak sehingga pulut menjadi lembut. Masukkan dalam pengukus dan kukus sekali lagi dalam 10 minit. Buka penutup dan dibalik balikkan pulut supaya masak rata.

Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk dan dikacau rata. Taburkan sedikit gula bagi menjadikan pulut berkilat dan bersinar. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Kuih Lompat Tikam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Terung Cili Kering Udang


Sebaran :

Leave a Reply