Resepi Gulai Lemak Telur Merecik

Resepi Gulai Lemak Telur Merecik:

Resepi Gulai Lemak Telur Merecik

Bahan-Bahan :

  • 6 biji telur ayam – dibersihkan dahulu kulitnya
  • 1 biji bawang besar **
  • 2 ulas bawang putih **
  • 1 inci halia **
  • 1 inci lengkuas **
  • 7 biji cili api **
  • 1 sudu makan ketumbar **
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 kotak santan
  • 10 batang kacang buncis – dihiris serong
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya :

  1. Satukan bahan bertanda (**) dan kisar hingga halus.
  2. Panaskan setengah senduk minyak, tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan santan dan asam keping, jika santan pekat tambah air ikut citarasa sendiri. Perasakan kuah lemak secukup rasa.
  4. Pecahkan telur dan letak perlahan sebiji-sebiji ke dalam periuk, jangan masukkan semua sekali gus.
  5. Apabila telur yang awal hampir masak, masukkan telur seterusnya, api perlahan sahaja.
  6. Akhir sekali masukkan kacang buncis, apabila telur masak dan kuah mendidih boleh tutup api, sedia dihidang.

Nota:

Nak mudah, telur tu boleh direbus masak dahulu.
Jika tak nak guna serbuk kunyit boleh guna kunyit hidup.

Resepi Gulai Lemak Telur Merecik


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Harga kopi di Korea Utara cecah RM414 sebungkus



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker