Resepi ikan tenggiri bumbu merah sedap

Sebaran :

Resepi ikan tenggiri bumbu merah sedap
Resepi ikan tenggiri bumbu merah sedap pasti tambat selera

Sedapnya ikan tenggiri bumbu merah ni. Jom cuba resepi yang dikongsi oleh Chef Asma Nordin ini. Resepinya sangat mudah dan semestinya sedap. Tidak mengguna banyak bahan pun. Jom cuba!

BAHAN:

4 keping ikan tenggiri

BAHAN PERAP

2 sudu kecil air limau nipis
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 batang kunyit-tumbuk lumat

BAHAN A

Minyak untuk menggoreng dan menumis secukupnya
1 batang serai – ketuk
Garam dan gula pasir – secukup rasa

BAHAN KISAR

10 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji buah keras
2 cm halia

CARA MENYEDIAKAN:

Campur ikan dengan garam, air limau nipis, serai dan serbuk kunyit .Perap selama 30 minit.

Panaskan minyak, goreng ikan hingga masak dan angkat.

Tumis bahan kisar dan serai hingga harum.

Tuang sedikit air, masukkan ikan yang telah digoreng.

Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi Chef Asma Nordin

Resepi ikan tenggiri bumbu merah sedap


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi Sambal Udang Goreng Bertelur


Sebaran :

Leave a Reply