Vietnam haramkan filem Barbie gara-gara zon kontroversi

Vietnam haramkan filem Barbie gara-gara zon kontroversi

HANOI: Vietnam telah mengharamkan filem terbitan Warner Bros, Barbie, daripada diedarkan untuk tayangan domestik selepas mengetahui terdapat adegan menunjukkan sebuah peta memaparkan kawasan Laut China Selatan yang ditandakan sebagai wilayah China.

Portal berita Bangkok Post pada Isnin melaporkan, terdapat garisan putus berbentuk ‘U’ digunakan pada peta China itu, seolah-olah menunjukkan penguasaan negara itu di Laut China Selatan, termasuk perairan yang didakwa milik Vietnam.



Barbie merupakan filem terbaru yang diharamkan di Vietnam kerana memaparkan zon kontroversi itu. Pada 2016, mahkamah antarabangsa di The Hague telah menolak tuntutan China tentang pemilikan zon berkenaan namun Beijing enggan mengiktiraf keputusan itu.

Pada tahun 2019, kerajaan Vietnam turut menyekat tayangan filem Abominable oleh DreamWorks, manakala pada tahun lalu, filem aksi Unchartered juga telah diharamkan atas sebab yang sama.

Barbie yang dibintangi Margot Robbie dan Ryan Gosling, pada asalnya dijadual menemui penonton Vietnam pada 21 Julai.

“Kami tidak memberi kebenaran ke atas filem Amerika Syarikat, Barbie, untuk ditayangkan di Vietnam kerana ia mengandungi imej yang salah tentang zon berkenaan,” ujar Vi Kien Thanh iaitu ketua jabatan di sebuah badan kerajaan yang bertanggungjawab memberi lesen dan menyunting filem-filem asing.



Vietnam dan China sudah lama mempunyai sejarah perebutan wilayah bertindan di Laut China Selatan. Negara Asia Tenggara itu juga sudah berkali-kali mendakwa kapal-kapal China menceroboh perairan dan kedaulatannya. Awani

Vietnam haramkan filem Barbie gara-gara zon kontroversi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM

Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya



Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?

Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker