Tanah runtuh: Anggota APM cedera, separuh badan terjerlus

 

Erzvicly menerima bantuan perubatan sejurus sahaja keluar dari lokasi kejadian.

HULU SELANGOR – Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menghadapi detik cemas apabila terjerlus separuh badan di lokasi tanah runtuh, di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, malam tadi.

Erzvicly Fazikhan, 24, berkata, walaupun faktor cuaca baik sepanjang hari, namun keadaan air yang masih bergerak di bawah tanah menyukarkan pergerakan anggota penyelamat.

“Insiden itu terjadi ketika saya sedang memotong pokok di lokasi kejadian. Saya terjerlus separuh badan ke dalam tanah sekali gus menyebabkan kecederaan di bahagian lutut kiri saya.



“Tetapi tadi saya sudah terima rawatan daripada pasukan perubatan, dan akan membuat imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) kerana dikhuatiri ligamen terkoyak,” katanya ketika ditemui Kosmo!

Terdahulu Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, kekuatan anggota dan pergerakan akan dikurangkan dalam memastikan tahap keselamatan pasukan penyelamat.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang berbaki sembilan orang lagi juga akan diteruskan selama 24 jam malam ini berikutan keadaan cuaca yang kelihatan baik.

 



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15 telah berlalu, PN jangan buang masa hasut ahli Parlimen BN

Selepas Dato’ Jamal, Ummi Nazeera pula tolak MN pimpinan Annuar Musa



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker