Bomba sahkan Besut terputus hubungan akibat banjir

 

Keadaan banjir di Besut kini semakin buruk dengan semua jalan menuju ke daerah itu terpaksa ditutup kerana ditenggelami air.

Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Ahmad Izram Osman berkata penutupan kepada semua jenis kenderaan itu dilaksanakan sejak semalam.



Selain semua akses ditutup, jumlah mangsa banjir di Besut juga merekodkan antara tertinggi di Terengganu yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu seramai 5,492 orang.

“Kesemua mangsa daripada 1,506 keluarga ini kini berlindung di 83 PPS,” katanya ketika ditemui selepas mendengar taklimat berhubung situasi semasa banjir di Terengganu yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah JBPM Terengganu, Mohd Khairiri Mat Resad @Arshad.

Terdahulu, Ahmad Izram melakukan tinjauan udara melibatkan kawasan Hulu Terengganu yang mana rata-rata kawasan dilihat masih digenangi air dengan beberapa sekolah dan kawasan perumahan ditenggelami air.

Bagaimanapun, usaha untuk melakukan tinjauan udara ke daerah Besut tidak dapat dilakukan berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.



“Hasil pemantauan ini akan dilaporkan kepada ibu pejabat di Putrajaya serta Pusat Pengurusan Operasi bagi memudahkan perancangan dan tindakan yang akan diambil seterusnya,” katanya.

Beliau berkata keadaan muka bumi Besut yang berbukit menambah kesukaran kepada pasukan keselamatan untuk ke kawasan tertentu, khususnya kampung-kampung di pedalaman.

Ahmad Izram berkata ketika ini pasukannya bergerak dengan kekuatan 367 pegawai dan anggota termasuk 81 orang pelatih daripada Akademi Bomba Wakaf Tapai.

Operasi pemindahan juga dibantu oleh pihak pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta pihak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menyediakan dua buah lori bagi setiap daerah serta lima buah lori pengangkut yang disediakan oleh Ibu Pejabat JBPM di Putrajaya, katanya.



– Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15 telah berlalu, PN jangan buang masa hasut ahli Parlimen BN

Selepas Dato’ Jamal, Ummi Nazeera pula tolak MN pimpinan Annuar Musa



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker