Tiada keperluan usul undi percaya terhadap PM – Asyraf

Tiada keperluan usul undi percaya terhadap PM – Asyraf

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan, secara asasnya, tiada keperluan untuk mengadakan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.

Menurut beliau, pemilihan Yang di-Pertua Dewan Rakyat pagi tadi menyaksikan calon kerajaan mendapat 147 undi manakala calon pembangkang mendapat 74 undi dan seorang Ahli Parlimen tidak hadir.



“Pemilihan Yang di-Pertua adalah aturan pertama dalam sidang Dewan Rakyat yang boleh dianggap juga sebagai ‘implied vote of confidence’ atau suatu bentuk undi percaya yang bersifat tersirat.

“Walau bagaimanapun, Perdana Menteri tetap mahu mengadakan usul undi percaya yang dijangkakan akan berjalan di sebelah petang selepas aturan sidang mengangkat sumpah Ahli-ahli Parlimen,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi Parlimen Kelima Belas.

Pembangkang mencadangkan bekas Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad. MG



Tiada keperluan usul undi percaya terhadap PM – Asyraf


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’



Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker