Mahkamah perintahkan kerajaan bayar RM5 juta kepada keluarga Altantuya

 

Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan kerajaan dan tiga yang lain membayar RM5 juta kepada keluarga mendiang warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dibunuh pada 2006.

Keputusan hakim mahkamah sivil Vazeer Alam Mydin Meera yang memihak kepada keluarga Altantuya pagi ini dibuat 15 tahun selepas tindakan sivil difailkan pada 2007.

Tiga plaintif – Shariibuu Setev dan Altantseseg Sanjaa yang merupakan bapa dan ibu mendiang, serta abang Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal – memfailkan saman RM100 juta.

Saman itu menyasarkan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) – Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar – serta penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan kerajaan Malaysia.

Altantuya dibunuh pada Oktober 2006 dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan gred tentera. Mahkamah jenayah berasingan mensabitkan Azilah dan Sirul Azhar atas pembunuhan itu dan menjatuhkan hukuman mati pada April 2009.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan suami isteri didenda buat ‘projek’ di tempat awam [VIDEO]

Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j

Penyokong paling seksi dakwa dilamar ramai pemain

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker