Najib harap semua ahli UMNO jangan risau, bangkit semula

Najib harap semua ahli UMNO jangan risau, bangkit semula

Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berharap agar ahli-ahli parti tetap istiqamah, jangan risau dan bangkit semula.

Pesanan itu disampaikan melalui Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang bertemu Najib di mahkamah pagi tadi.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu berkata demikian ketika berbincang tentang isu semasa termasuk barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan serta isu ekonomi bersama Mohd. Puad.

“Melihat wajah Bossku yang segar, saya yakin Bossku akan kembali dan meneruskan perjuangan murni ini,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Beliau menambah, bekas Perdana Menteri itu kelihatan amat ceria dan bersemangat walaupun tubuhnya nampak susut sedikit.

Mohd. Puad memberitahu, Najib tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon pintar dan beliau mengikuti perkembangan semasa melalui akhbar yang lewat sehari.

“Bermakna dia dapat cerita yang sudah basi dua hari,” jelasnya.

Beliau juga berharap agar prosiding semakan kehakiman kes SRC International tahun hadapan dapat disiarkan secara langsung. MG

Najib harap semua ahli UMNO jangan risau, bangkit semula


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kenapa tak suka Watie, tanya anak-anak Shuib

Mike Tyson bawa bapa tunai umrah

Achraf Hakimi punyai isteri paling cantik di dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker