Mike Tyson bawa bapa tunai umrah

Mike Tyson bawa bapa tunai umrah

Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson dilihat menunaikan umrah di Mekah, Arab Saudi baru-baru ini, lapor portal berita sportskeeda semalam.

Tyson, 50, mengerjakan umrah itu bersama DJ Khaled atau nama sebenarnya ialah Khaled Mohammed Khaled, 47, yang juga seorang penyanyi rap Amerika Syarikat (AS).

DJ Khaled itu menulis di Instagram: “Ketika saya berjalan di Mekah, air mata saya jatuh. Air mata kegembiraan. Sepanjang hidup saya, saya ingin pergi ke Mekah untuk berdoa dan bersyukur kepada Allah.”

Menurut portal berita WION, Tyson dan DJ Khaled berada di Arab Saudi untuk menghadiri Festival Filem Laut Merah dan selepas menghadiri acara itu, mereka menunaikan umrah.

Turut sama mengerjakan ibadat itu ialah bapa Tyson.

Bekas petinju terkenal dari AS itu dilaporkan memeluk Islam ketika menghabiskan masa di penjara pada tahun 1992 selepas didapati bersalah dalam beberapa pertuduhan termasuk merogol dan dipenjarakan selama enam tahun.

Beliau kemudian dibebaskan dari penjara pada tahun 1995. K Online

Mike Tyson bawa bapa tunai umrah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal

Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker