Bumiputera terus ketinggalan

 

PADA 6 Disember lalu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerbitkan perangkaan sulung mengenai bumiputera berasaskan butiran dari tahun 2015 hingga 2022 merangkumi statistik sosial dan ekonomi.

Penerbitan itu mengandungi banyak butiran dan maklumat penting serta menarik mengenai bumiputera yang dikategorikan mengikut jantina.

Untuk mudah dibaca, difahami dan diringkaskan, saya akan cuba ikut susunan yang dibentangkan oleh DOSM.

Bilangan bumiputera adalah 21.13 juta atau kira-kira 64 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia seramai 32.9 juta pada suku ketiga tahun ini.

Daripada jumlah 21.13 juta orang bumiputera itu, seramai 10.69 juta adalah lelaki dan 10.44 juta perempuan. Tidaklah besar sangat perbezaan bilangan antara lelaki dan perempuan yang memberikan nisbah 102:100.

Dari segi kesuburan pula, kadarnya adalah 2.1 iaitu purata bilangan anak yang akan dilahirkan oleh seorang wanita sepanjang usianya berbanding purata kebangsaan 1.69 pada tahun 2020.

Jangka hayat bagi bayi yang dilahirkan dalam tempoh kajian adalah 70.5 tahun bagi lelaki dan 74.7 tahun bagi perempuan berbanding purata kebangsaan 76.31 bagi tahun 2020. Maksudnya jangka hayat bumiputera lebih rendah.

Bagi kematian yang puncanya dapat disahkan bagi tahun 2021, sebanyak 17,654 meninggal dunia akibat Covid-19, selain penyakit jantung (13,563), radang paru-paru (10,914), penyakit berkaitan urat dan pengaliran darah dalam otak atau cerebrovascular (6,905), kemalangan pengangkutan (2,131) dan kencing manis (2,070).

GRADUAN BUMIPUTERA

Bilangan bumiputera dalam guna tenaga bagi tahun 2021 adalah 9.26 juta orang, terbahagi kepada 55.8 juta lelaki dan 3.68 juta perempuan.

Purata penyertaan guna tenaga bumiputera adalah 65.8 peratus iaitu 78.9 peratus bagi lelaki dan 52.6 peratus perempuan. Kadar pengangguran adalah lima peratus terdiri daripada 4.5 peratus lelaki dan 5.8 peratus perempuan.

Penyertaan graduan bumiputera dalam pasaran buruh tidak cukup besar. Ini sangat membimbangkan kerana tahap pendidikan adalah antara prasyarat ekonomi berpendapatan tinggi.

Daripada 9.26 juta guna tenaga bumiputera, hanya 3.63 juta graduan dan daripada jumlah itu, perempuan lebih ramai daripada lelaki – dua juta perempuan berbanding 1.63 juta lelaki. Pengangguran graduan pula lima peratus lelaki dan 4.3 peratus perempuan.

Bila orang tanya saya macam mana wanita lebih berjaya dalam pelajaran dan kerjaya, saya kata kerana remaja perempuan masuk universiti, remaja lelaki masuk pusat serenti.

Daripada sudut pemilikan hartanah pula, tukar milik oleh bumiputera pada tahun 2021 berjumlah 106,276 dengan nilai RM30.83 bilion bagi kediaman dan 2,834 bernilai RM1.45 bilion bagi bangunan perniagaan.

Jika dilihat dari sudut bilangan, jual beli hartanah melibatkan bumiputera tidaklah mengecewakan sangat.

Menurut statistik Pusat Maklumat Hartanah Kebangsaan (NAPIC), sebanyak 198,812 jual beli hartanah kediaman telah dicatatkan pada 2021 dengan nilai RM76.9 bilion. Jadi dari segi nilai, penyertaan bumiputera dalam perniagaan hartanah adalah kecil.

Oleh sebab perangkaan ini ditujukan khusus kepada bumiputera, maka adalah sukar untuk membuat perbandingan bagi melihat kedudukan sebenar bumiputera dari sudut kemasyarakatan dan ekonomi.

Namun begitu, kita boleh mengagak dan membuat andaian yang kedudukan sosioekonomi bumiputera masih ketinggalan berbanding kaum-kaum lain secara umum disebabkan oleh struktur ekonomi dan sikap bumiputera sendiri.

Wallahuaklam.

* Datuk A Kadir Jasin ialah Tokoh Wartawan Negara

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker