Saya pimpin negara dengan hutang lebih RM1 trilion – Anwar

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau diberikan mandat dalam situasi hutang negara melebihi RM1 trilion.

Perdana Menteri berkata, disebabkan itu, beliau harus meneliti setiap agensi dan jabatan untuk melihat di mana berlakunya kebocoran dan ketirisan.

“Ini bukan fitnah kerana saya kena kuat dan meneliti fail-fail itu. Sebab itu, beberapa projek itu kita kena teliti semula, tangguhkan dan batalkan.



“Ini (tindakan) bukan untuk mencerca tokoh politik dan saya tidak pernah sebut nama mana-mana tokoh politik,” katanya ketika berucap pada Program Pertemuan Mahabbah Perdana Menteri bersama Ulama dan Asatizah di Kompleks Seri Perdana, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah.

Mengulas mengenai pembatalan projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion, Anwar berkata, beliau memahami bahawa bencana banjir menyeksa rakyat dan yang menjadi mangsa adalah orang miskin dan majoriti yang miskin itu adalah orang Melayu.

“Sebab itu kalau kita mahu belanjakan kita kena teliti, ini soal tadbir urus, mengurus negara itu harus dengan ketertiban, peraturan dan ke arah yang betul.



“Jadi bila saya lihat umpamanya dilulus dengan spontan dan syarikat-syarikat pula dipertikai dan beberapa persoalan tidak dijawab maka, saya minta ditangguhkan dan diteliti semula,” katanya.

Katanya, beliau akan ke Kementerian Kewangan esok untuk mengkaji isu itu.

Anwar berkata, beliau ingin jelaskan bahawa projek tebatan banjir itu memang sudah diluluskan namun, belum dilaksanakan kerana pilihan raya. – UTUSAN

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)



Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker