Muhyiddin ‘penghalang’ kerjasama BN-PN

Muhyiddin ‘penghalang’ kerjasama BN-PN

Penganalisis politik melihat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin sebagai “penghalang” bagi pembentukan kerajaan antara partinya dengan Barisan Nasional (BN) selepas PRU15.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, ini disebabkan Muhyiddin telah menunjukkan kehilangan hormat kepada institusi presiden dan hierarki BN-Umno dengan mengumumkan pembentukan kerajaan baharu selepas PRU15 walaupun belum ada rundingan dengan gabungan itu.

“Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi pernah menyuarakan kesediaan parti untuk membelakangkan sengketa dan menjalin kerjasama dengan mana-mana gabungan dalam membentuk kerajaan sesudah PRU15 pada malam itu (pengumuman keputusan PRU15).

“….(Tawaran Zahid) tidak disambut Muhyiddin walaupun itu peluang terbaik untuk menunjukkan besar hatinya dalam menerima Umno seluruhnya sebagai rakan politik,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, keengganan Ahli Parlimen Pagoh itu menjunjung titah Agong membentuk kerajaan perpaduan jelas bertentangan dengan nilai asas Umno yang mendukung prinsip kesetiaan kepada raja dan negara.

Seorang lagi penganalisis Oh Ei Sun turut melihat Muhyiddin sebagai “batu penghalang” bagi kerjasama antara BN-PN, namun baginya, itu bukan satu-satunya masalah yang menghalang kerjasama antara dua gabungan tersebut.

Katanya, kelompok utama Umno dilihat tidak menyenangi Bersatu kerana dianggap pengkhianat yang berasal daripada kalangan mereka sendiri.

Ketika ditanya mengenai pengganti bagi menyambung legasi Muhyiddin mengetuai Bersatu dan PN, penganalis melihat tiada calon sesuai bagi menggantikan bekas perdana menteri itu.

Ketua Pengarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia Muhamad Nadzri Mohamed Noor berkata, wujud jurang kredibiliti antara Muhyiddin dengan Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu.

Katanya, ia berpunca daripada bagaimana Bersatu itu sendiri diikat rapat dengan faktor personaliti Muhyiddin.

“Dalam Bersatu, tiada lagi tokoh besar sejak ditinggalkan Dr Mahathir Mohamad dan anaknya Mukhriz, melainkan Muhyiddin.

“Malah Bersatu bersifat personalistik, kerana ia ditakrifkan oleh Muhyiddin dan beliau pula mendefinisikan parti itu,” katanya. FMT

Muhyiddin ‘penghalang’ kerjasama BN-PN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terima kasih Annuar bongkar Muhyiddin beri duit pada UMNO

Raba payu dara sepupu isteri, lelaki didakwa

Wan Fayhsal buat laporan polis terhadap Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker