Ronaldo berpura-pura gembira lihat gol dijaringkan rakan sepasukan

Cristiano Ronaldo didakwa hanya berpura-pura ketawa ketika Ramos menjaringkan gol ketiga- ITV

DOHA – Peminat bola sepak Piala Dunia percaya bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo hanya berpura-pura ketawa untuk kelihatan gembira ketika rakan sepasukannya, Goncalo Ramos menjaringkan gol ketiga untuk skuad itu dalam perlawanan menentang Switzerland pada pusingan kalah mati di Qatar, lapor akhbar Daily Star semalam.

Dalam perlawanan peringkat itu, pasukan yang dibimbing oleh Ketua Jurulatih, Fernando Santos menang 6-1 ke atas Switzerland yang mana Ronaldo duduk di bangku pemain simpanan sebelum dia bermain pada separuh masa kedua.

Tempat bekas penyerang Manchester United, Juventus dan Real Madrid itu digantikkan oleh Goncalo Ramos yang berusia 21 tahun tetapi dia berjaya menjaringkan tiga gol dalam perlawanan tersebut.

Walaupun hanya bermain selama 20 minit terakhir, kamera telah menghabiskan banyak masa bagi menunjukkan gelagat Ronaldo yang sebelum itu duduk di bangku simpanan.



Seorang pengguna Twitter menulis: “Ketawa palsu daripada Ronaldo apabila Ramos menjaringkan gol kedua (daripada tiga gol yang dijaringkannya dalam perlawanan itu). Dia pasti marah.”

Seorang lagi pengguna media sosial bersetuju dengannya apabila menulis: “Ronaldo terpaksa ketawa tetapi dia hampir mati disebabkan kemarahan di dalamnya.” – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j



Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker