Lebih baik PN berhenti berangan, nasihat Rafizi

Lebih baik PN berhenti berangan, nasihat Rafizi

Perjanjian penggabungan diusahakan parti politik dalam Kerajaan Perpaduan yang bakal dimeterai minggu depan diyakini akan membentuk kerajaan stabil dengan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata perjanjian itu akan mempunyai persamaan dari segi dasar yang bakal mengekalkan dan mengukuhkan lagi gabungan Kerajaan Perpaduan selama satu penggal.



Katanya, semua parti dalam Kerajaan Perpaduan bersedia melaksanakan program terbaik yang dirancang menerusi rundingan bersama.

“Perjanjian ini dijangka akan di tandatangani pada minggu depan yang mana rakyat akan mempunyai pemahaman yang lebih jelas mengenai perancangan bersama parti dalam Kerajaan Perpaduan.

“Sudah tentu rakyat mahu tahu apakah yang mampu dilakukan oleh parti yang telah bersengketa lebih 20 tahun, jadi perjanjian ini akan mengekalkan kerajaan selama satu penggal dan tidak akan dibubarkan,” katanya ketika ditemui selepas Ceramah Mega Pakatan Harapan (PH) Padang Serai di Kampung Tunku Putra, di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri; Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail merangkap Menteri Dalam Negeri dan Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.



Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, kerajaan kini mahu memberi fokus untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat apatah lagi dunia dijangka akan berhadapan dengan kemelesetan ekonomi tahun depan.

Justeru katanya, semua pihak perlu menolak politik yang boleh memecah belahkan kepemimpinan parti supaya fokus terhadap agenda rakyat tidak terganggu.

“Kita nak elakkan ruang lompong yang mewujudkan kes culik Ahli Parlimen untuk menyokong satu-satu pihak. Jadi perjanjian ini meletakkan risiko yang rendah dalam soal penculikan Ahli Parlimen ini.

“Kita ada dasar yang sama dan lebih fokus bagi menyelesaikan permasalahan rakyat. Jadi lebih baik Perikatan Nasional (PN) berhenti berangan. Nak culik (Ahli Parlimen), atau hendak jatuhkan kerajaan,” katanya. BH



Lebih baik PN berhenti berangan, nasihat Rafizi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin



Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat

Ogy bakal berkahwin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker