Nash sukar bergerak

Nash sukar bergerak

Penyanyi, Datuk Nash, 63, meminta rakan-rakan dan peminat mendoakan keadaannya yang sukar bergerak akibat tersalah urat agar kembali pulih.

Menerusi Facebook, Nash berkata, dia baru pulang dari Sarawak semalam dan terus menghadiri jemputan kahwin anak rakannya di sini.



“Saya datang agak lewat sikit. Sebelah malam pula ada lagi satu jemputan kahwin Aizat di Bandar Sungai Long, Kajang. Itu yang macam nak cepat-cepat siap.

“Tiba kat rumah dah nak masuk waktu Maghrib. Saya pun ambik wuduk sambil berdiri dan bila membongkok nak basuh lengan tangan, pinggang saya terus tersentap dan terus tak boleh berdiri tegak.

“Sakitnya Allah sahaja yang tahu. Seluruh badan saya ‘cramp’ (kejang), kaki tak boleh gerak. Panggil anak saya untuk bantu saya berjalan. Solat Maghrib terpaksa guna kerusi,” tulisnya.

Menurutnya, sebaik selesai solat, dia meminta anak dan menantu menghantarnya ke sebuah pusat perubatan di Shah Alam.



“Doktor terus bagi suntikan supaya saya rasa lega. Sekarang ini masih sakit, jalan macam orang umur 90 tahun. Allahuakhbar, doakan saya cepat sembuh ya. Banyak lagi tugasan yg belum selesai. Amin,” katanya. HM

Nash sukar bergerak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’

Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?



Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker