Tak salah pilih Watie – Shuib

Tak salah pilih Watie – Shuib

Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu mohon keputusan menjalinkan hubungan rapat dengan wanita yang dikenali sebagai Watie Hanifiah tidak dipertikaikan.

Anggota kumpulan Sepahtu beranggapan tidak salah membuat pilihan kerana dirinya lebih tahu baik atau buruk setiap keputusan dilakukan.

Katanya, dia tidak akan sesekali merosakkan kehidupannya dengan anak-anak.

“Insya-Allah, saya tahu mana baik dan buruk. Saya juga tahu mana okay atau sebaliknya.

“Namun, saya tidak boleh menolak persepsi orang. Cuma, tidak adil untuk orang luar membuat andaian bukan-bukan, sedangkan tidak mengenali Watie.

“Yang kenal dan dikatakan bercinta dengan Watie adalah saya. Jadi, takkan saya mahu merosakkan kehidupan.

“Sudah tentu saya akan menjaga kehidupan saya dan anak-anak sebagaimana ketika bersama Allahyarham Siti Sarah Raissuddin,” katanya kepada BH Online.

Bagi penyampai radio Suria FM itu, dia faham peminat mengambil berat mengenai dirinya dan anak-anak.

Namun, pintanya, janganlah berlebihan memandangkan banyak hati perlu dijaga.

Shuib berkata, dia yakin orang luar pasti menyangka keputusan mengenali hati Watie dilakukan kerana keinginannya sendiri.

Sedangkan, bapa kepada empat cahaya mata itu berkata, dia mendahulukan ibu dan anak-anak, manakala keinginan diri jatuh nombor tiga.

“Saya fikirkan anak-anak dahulu. Saya mementingkan kesihatan mental mereka.

“Perjalanan ditempuhi anak-anak sekarang bukanlah mudah, mereka juga perlukan sentuhan seorang ibu.

“Kalau anak-anak gembira, manakala ibu dan keluarga mentua bersetuju, saya akan okay sahaja. Ini kerana saya hanya memikirkan mereka,” ujarnya lagi.

Shuib berkata, dia dan Watie kini sedang dalam fasa mengenali hati budi bersama ibu dan anak-anaknya.

Sementara itu, mengulas dakwaan bakal menamatkan zaman duda dengan Watie pada Mac tahun depan, Shuib berkata, tiada sebarang perancangan dibuat dan perjalanan ke arah perkahwinan masih jauh.

“Belum ada perancangan dan rasanya macam jauh lagi perjalanan ke arah itu. Ini kerana saya mahu pastikan anak-anak terima kehadiran Watie dahulu.

“Perkenalan dalam tempoh dua hingga tiga bulan belum cukup untuk menilai Watie. Namun, Alhamdulillah hubungan kami berjalan lancar, anak-anak dan mak pun suka dengannya,” katanya. BH

Tak salah pilih Watie – Shuib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker