Tiada lagi projek tanpa tender, tegas Anwar

Tiada lagi projek tanpa tender, tegas Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan komitmennya tidak mahu membenarkan kelulusan projek tanpa tender dalam pentadbirannya.

“Soal perolehan soal kelulusan tanpa tender ini semua tak boleh lagi dah. Tidak boleh lagi negara ini terus dengan mengizinkan kebocoran, ketirisan dan rasuah.



“Ini harus berlaku di semua peringkat, maka untuk peringkat awal, saya menyeru semua untuk bersama dalam pasukan ini, mari kita bertekad untuk menyelamatkan negara kita mengangkat semula (imej negara),” katanya pada perjumpaan pertama bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Anwar berkata, isu penyelewengan dan rasuah yang berlaku dalam kalangan penjawat awam adalah disebabkan pengurusan di peringkat atasan, sekali gus memberi kesan kepada imej negara.

“Negara ini memerlukan perubahan suatu tahap yang pernah kita capai dulu, malangnya merosot.

“Merosot itu…baik ekonominya, kestabilannya atau disiplinnya dan tentunya Tan Sri Peguam Negara (Idrus Harun) tahu tentang pelanggaran hukum termasuk isu penyelewengan dan rasuah yang kadang-kadang juga ada kaitannya dengan kelemahan pimpinan di peringkat penjawat awam.



“Negara ini rosak bukan kerana perkhidmatan awam, contohnya MAS, perkhidmatannya sangat baik, pengurusan baik, jentera baik tetapi yang lemahnya itu adalah pengurusan di atas dan akibatnya kerugian kepada ramai keluarga dan kesan kepada negara serta imej dan keyakinan negara,” katanya.

Beliau juga mengajak semua warga penjawat awam bersemangat membawa perubahan dalam sistem pentadbiran awam negara, walaupun berbeza fahaman politik.

“Saya nak mengajak saudara, bersama dalam minat dan semangat untuk membawa perubahan ke arah kebaikan. Tak mungkin saya berjaya sekiranya tonggak perkhidmatan awam ini tidak sepenuhnya bersama saya.

“Bukan semestinya di dalam jalur politik, tetapi jalur perkhidmatan yang harus bebas, profesional dan terikat dengan semangat ikrar kita untuk menjadikan manusia yang berguna kepada keluarga dan masyarakat,” katanya. FMT



Tiada lagi projek tanpa tender, tegas Anwar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya



Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker