Himpunan desak Zahid undur dibatalkan

Himpunan desak Zahid undur dibatalkan

Perhimpunan Selamatkan Umno yang dijadualkan berlangsung di Menara Dato Onn, hari ini dibatalkan.

Sumber parti itu memaklumkan Harian Metro, pembatalan itu susulan tertubuhnya kerajaan perpaduan yang diterajui bersama Barisan Nasional (BN).

“Perhimpunan dibatalkan kerana tidak mahu menimbulkan lagi ketegangan dalam kalangan ahli parti.

“Sebelum ini memang ada rancang untuk perhimpunan, namun kerajaan perpaduan sudah ditubuhkan semalam,” katanya.

Sementara itu, polis mengesahkan penganjur Himpunan Selamatkan Umno tidak memohon permit kebenaran berhimpun.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, anggota polis tetap dihantar ke lokasi perhimpunan bagi pemantauan dan memastikan keselamatan orang awam terjamin.

“Kita tidak terima sebarang pemakluman dan kita tunggu dan lihat apa yang berlaku petang ini.

“Polis hanya mahu pastikan keselamatan awam terjamin,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Noor Dellhan berkata, seramai 260 anggota polis ditugaskan memantau keselamatan di kawasan berkenaan. HM

Himpunan desak Zahid undur dibatalkan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dari mana Muhyiddin ada ‘puluhan juta’, warganet tanya Annuar

Pemain Arab Saudi terima hadiah Rolls Royces Phantom

Kami tak jual prinsip parti – Azalina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker