PN tiba-tiba setuju dengan idea kerajaan perpaduan dengan PH

PN tiba-tiba setuju dengan idea kerajaan perpaduan dengan PH

Perikatan Nasional bersetuju mempertimbangkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan yang melibatkan perbicancangan dengan parti-parti sehaluan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.

Perkembangan terkini itu dimaklumkan Setiausaha Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainuddin hari ini.

Pendirian itu diputuskan Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi Perikatan Nasional hari ini yang telah membincangkan mengenai cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

“Selaras dengan itu, mesyuarat bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan yang melibatkan perbincangan dengan parti-parti yang sehaluan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara,” katanya.

Kesediaan PN itu mengubah pendirian asal Pengerusi gabungan parti itu yang menolak cadangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah agar ditubuhkan kerajaan perpaduan.

Ia berikutan kegagalan mana-mana parti memperoleh majoriti mudah dalam pilihan raya umum ke-15 yang berlangsung 19 November lalu.

Keputusan PRU15 menyaksikan Pakatan Harapan memperoleh 82 kerusi, PN (73) dan Barisan Nasional (30). Lain-lain kerusi turut dimenangi GPS, GRS, Warisan dan Bebas. MG

PN tiba-tiba setuju dengan idea kerajaan perpaduan dengan PH


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Agama, bangsa tak patut jadi isu dalam penubuhan kerajaan – Johari

Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Anwar setuju Muhyiddin tolak

Bakal pengantin ‘dirasuk’ roh, menari tarian Jawa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker