Ismail di St Regis, di mana pemimpin PN dijangka bertemu

Ismail di St Regis, di mana pemimpin PN dijangka bertemu

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tiba di Hotel St Regis, di mana pemimpin Perikatan Nasional juga dijangka bertemu.

Terdahulu, pemberita ternampak Presiden Gerakan, Dominic Lau di hotel itu.

Ismail yang juga naib presiden Umno ketika ditanya kenapa beliau berada di hotel itu berkata dia “tak tau lagi”.



Pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) akan berjumpa pada pukul 3 petang hari ini di Hotel St Regis, Kuala Lumpur.

Satu sumber terdekat Umno mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini.

“Ada perjumpaan antara BN dan PN di Hotel St Regis Kuala Lumpur.

“Tok Mat (Mohamad Hasan) mengetuai BN. Selain, Wee (Ka Siang), Saravanan, dan Arthur (Kurup) akan menghadiri perjumpaan ini,” katanya.



Katanya, perjumpaan hari ini diadakan hasil persetujuan pada mesyuarat dewan tertinggi BN semalam.

Bagaimanapun, sumber itu juga mengesahkan bahawa Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi tidak akan menyertainya.

“Kami sudah dengar cadangan PH, sekarang kami bertemu PN untuk dengar cadangan mereka pula.”

Difahamkan pemimpin BN akan bertemu malam ini untuk membincangkan cadangan PH dan PN.



BERITA LANJUT MENYUSUL

Ismail di St Regis, di mana pemimpin PN dijangka bertemu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Hilangkan Dakwat Mengundi

Punca kekalahan Nurul Izzah

Langkah GRS seperti isytihar perang terhadap BN Sabah

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker