Anwar nak pergi mana tu?

Anwar nak pergi mana tu?

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat meninggalkan kediamannya di Sungai Long, di sini.

Presiden PKR itu bagaimanapun hanya memaklumkan keluar untuk pergi ke pejabat bagi bekerja.



Ketika ditanya sama ada beliau akan ke Istana Negara petang ini, Anwar tidak menjawab pertanyaan itu.

“Pergi kerja, pejabat. Selepas itu balik rumah,” katanya kepada pemberita yang menunggu di luar kediamannya.

Bagaimanapun, BH difahamkan Ahli Parlimen Tambun itu keluar untuk ke Hotel Seri Pasific di ibu negara, dipercayai untuk pertemuan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Penentuan siapa bakal menjadi Perdana Menteri Ke-10, sama ada Anwar atau Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijangka terjawab hari ini, bergantung pada siapa berjaya menarik sokongan Barisan Nasional (BN) serta gabungan parti-parti lain untuk bekerjasama.



Terdahulu, BH difahamkan, 30 Ahli Parlimen BN dikatakan hampir mencapai kata sepakat untuk tidak menamakan mana-mana pemimpin daripada PH atau PN sebagai calon Perdana Menteri.

Mereka sebaliknya bersetuju mempersembah cadangan kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini supaya fungsi kerajaan sementara yang sedang berjalan, diteruskan dalam satu tempoh tertentu sehingga sebuah kerajaan baharu dibentuk kelak.

Sumber parti itu memaklumkan, semua Ahli Parlimen BN dijadual menandatangani satu akaun bersumpah (SD) pagi ini bagi menzahirkan cadangan itu untuk dipersembah kepada Agong sebelum jam 2 petang ini.

Pada PRU15, PH memperoleh 82 kerusi Parlimen, manakala PN pula mendapat 73 kerusi. Untuk menubuhkan kerajaan, sesebuah parti atau gabungan parti perlu mendapat majoriti mudah sokongan 112 Ahli Parlimen daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat.



Kata sumber itu lagi, kesepakatan itu selepas BN tidak mempunyai jumlah Ahli Parlimen mencukupi untuk membentuk kerajaan, namun sedar suasana politik tidak menentu juga memaksa fungsi sebuah kerajaan sementara diteruskan khususnya dalam menjamin kelancaran urusan Parlimen dan pentadbiran kerajaan.

“BN tak boleh menawarkan sebarang rundingan dengan mana-mana gabungan membentuk kerajaan. BN parti yang kalah dan bilangannya kecil. Gabungan yang menang seharusnya berunding mencari jumlah sokongan dari parti lain untuk bentuk kerajaan,” katanya.

Semalam, media melaporkan, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk melanjutkan tempoh masa selama 24 jam lagi kepada parti politik untuk membentuk kerajaan yang sepatutnya sehingga jam 2 petang semalam.

Selaras lanjutan itu, parti politik memiliki lebih masa untuk merundingi pembentukan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), sekali gus menamakan seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri ke-10.



Ditanya sama ada ada tempoh masa ditetapkan dalam SD bagi meneruskan cadangan fungsi kerajaan sementara, sumber berkenaan memberitahu, ia seelok-eloknya sehingga sebuah kerajaan baharu dibentuk.

“Tok Mat (Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan) pun sudah nyata hasrat untuk BN membantu (teruskan fungsi kerajaan sementara) ketika waktu peralihan pasca PRU. Ini sebahagian usaha tak mahu lagi kebuntuan politik seperti ini berterusan,” katanya.

Mohamad dalam entri di Facebooknya malam tadi menyatakan BN tiada kuasa untuk menubuhkan kerajaan, sebaliknya mencadangkan supaya PN dan PH bergabung membentuk kerajaan selepas dua parti itu memperoleh bilangan Ahli Parlimen tertinggi.

“Kami BN menerima keputusan rakyat yang menolak BN. Maka kami bersedia menjadi pembangkang yg bertanggungjawab, ‘check and balance’ kerajaan baharu.



“Bagaimanapun, jika bantuan kami diperlukan dalam waktu peralihan pasca PRU ini, kami tetap sedia menyumbang kepada pembukaan bicara yang ikhlas dan terbuka,” kata bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Timbalan Pengerusi BN.

Pertemuan Ahli Parlimen BN dan PH semalam menemui jalan buntu selepas tiada sebarang SD ditandatangani bagi menyokong pencalonan Anwar sebagai calon Perdana Menteri. BH

Anwar nak pergi mana tu?


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Punca kekalahan sebenar UMNO

UMNO perlu ‘total reset’, ini kesalahan presiden hingga bawahan – Akmal Saleh

Seram dengan kerajaan kesatuan ummah PN, BN, GPS dan GRS, Kit Siang desak PH agar kerjasama dengan PN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker