30 Ahli Parlimen BN bermesyuarat hari ini – Ahmad Maslan

30 Ahli Parlimen BN bermesyuarat hari ini – Ahmad Maslan

Pemenang 30 kerusi Parlimen dari Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan bermesyuarat hari ini.
Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan ketika tiba di Hotel Seri Pacific di ibu kota pada Isnin.

“Kita akan bermesyuarat hari ini dengan 30 ahli Parlimen BN,” katanya ringkas.



Bagaimanapun ketika ditanya berkenaan agenda mesyuarat, beliau tidak memberi sebarang komen berkenaan inti patinya.

Sementara itu Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang ditemui di lokasi sama turut memberi bayangan berkenaan dengan pelaksanaan Akta Antilompat Parti dalam BN.

“Setiap parti ada antilompat parti, jadi kami akan membincangkan perkara itu… kena tunggu,” katanya.

Hari ini, selain di Hotel Seri Pacific, tumpuan turut terarah di Istana Negara yang bakal menyaksikan ketua-ketua parti yang meraih undi tertinggi tampil dengan senarai gabungan parti serta nama individu yang mendapat kepercayaan wakil rakyat untuk menjadi perdana menteri.



Perkara itu akan disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjelang jam 2 petang ini. Aw

30 Ahli Parlimen BN bermesyuarat hari ini – Ahmad Maslan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga



Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker