Dakwaan sabotaj Tok Mat – Khairy akan buat laporan polis, SKMM

Dakwaan sabotaj Tok Mat – Khairy akan buat laporan polis, SKMM

Khairy Jamaluddin berkata dia akan membuat laporan polis dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), berhubung tangkap layar Whatsapp didakwa perbualannya dengan seorang individu tidak dikenali, yang tular di media sosial.

Dia menafikan kesahihan perbualan itu yang memaparkan ‘Boss KJ’ mengarahkan seorang individu untuk mensabotaj Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan yang bertanding di Rembau.

Tangkap layar itu juga menunjukkan ‘Boss KJ’ berkata dia akan menjadi perdana menteri dalam tempoh lima tahun dan menyifatkan perdana menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob sebagai tidak berguna.



“Palsu’ Tak perlu sebar fitnah black ops, ‘source: trust me bro’ macam ni. Laporan polis dan SKMM akan dibuat termasuk terhadap akaun ini (yang mengongsikan tangkap layar),” katanya di Twitter hari ini.

Dia berkata demikian ketika membalas ciapan akaun tersebut yang sudah pun dipadam.

Khairy dipindahkan dari kerusi Parlimen Rembau yang dipegangnya sejak 2008 ke kerusi Parlimen Sungai Buloh yang boleh dianggap sebagai kubu kuat PKR. Mk

Dakwaan sabotaj Tok Mat – Khairy akan buat laporan polis, SKMM




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara

Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka

Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker