BN menang Ismail PM – Johari

#PRU15


BN menang Ismail PM – Johari

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Johari Ghani menegaskan Ismail Sabri Yaakob akan menjadi perdana menteri, jika Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum ke-15.

Beliau mengkritik lawan gabungan itu kerana mendakwa “satu undi untuk BN adalah satu undi untuk Zahid sebagai perdana menteri”, merujuk dakwaan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menyasarkan jawatan tertinggi itu.

“Ada yang mendakwa kalau undi Datuk Jo, akan dapat Zahid sebagai perdana menteri, sedangkan MKT Umno telah bersuara mengatakan inilah perdana menteri BN, Datuk Seri Ismail Sabri.

“Ini bukan saya yang cakap. Ini yang cakap adalah seluruh MKT Umno, sebelum Parlimen dibubarkan dan dicakap sekali lagi oleh Zahid.

“Masih lagi puak-puak ini, sebab dah tak ada modal, dia nak laga-lagakan pemimpin BN dengan pemimpin BN lain,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Johari yang bertanding di Parlimen Titiwangsa ialah ahli Umno terbaharu menyuarakan sokongan kepada Ismail sebagai perdana menteri.

Terdahulu, Khairy Jamaluddin menyokong Ismail sebagai calon perdana menteri BN dan berkata, naib presiden Umno itu patut mencabar Zahid untuk jawatan tertinggi parti, jika beliau dilantik sebagai perdana menteri semula. FMT

BN menang Ismail PM – Johari


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saman tuduhan LGBT: Razman tegas nak tanya Anwar, benarkah beliau meliwat?

Kalau tak suka ‘just swipe’ – Syafinaz

Janji-janji pelik yang dijanjikan calon pilihan raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker