Muhyiddin tak percaya PN

Oleh Rohana Man

TAN Sri Muhyiddin Yassin tersasul menyebut Kita Tak Boleh Percaya Lagi Sekali Perikatan Nasional dalam satu ceramah, baru-baru ini.

SHAH ALAM – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Shah Alam, Isham Jalil kekal mengamalkan politik positif dengan tidak mengutuk calon parti lawan sepanjang tempoh berkempen yang memasuki hari ke-10.

Menurutnya, beliau tahu calon parti lawan sepanjang berkempen asyik mengutuk calon BN yang bertanding dan kutukan itu turut dilakukan bekas pemimpin UMNO yang telah berpaling arah.

“Saya nak cerita sedikit. Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap…,kutuk kutuk kita.

“Tuan-tuan pun dah tahu cerita. Dia (Muhyiddin) cakap Perikatan Nasional (PN) tak boleh lagi dipercayai dalam satu ceramah.

“Itu maksudnya apa? Itu maksudnya dalam hati dia…dia sendiri tak percaya diri sendiri.

“Dia cakap “Kita Tak Boleh Percaya Lagi Sekali Perikatan Nasional.”

“Kemudian dia juga cakap, satu undi untuk BN adalah satu undi untuk DAP.

“Ehhh..ni tak masuk akal. Saya tak boleh brain.

“Macam mana kaitkan satu undi BN kepada satu undi untuk DAP.

“Ni.., macam otak saya jatuh…,saya cari tak jumpa,” katanya sambil disambut gelak ketawa orang ramai yang mendengar ceramah umumnya di Padang Permainan Seksyen 7 dekat sini, malam tadi.

Isham sehingga hari ini tertanya-tanya bagaimana Muhyiddin boleh mengaitkan BN dengan parti tersebut.

“Saya hairan, macam mana dia kaitkan macam itu.

“Sebab kita UMNO…,kita satu-satunya parti dalam Malaysia dan dalam sejarah, kita tak pernah kerjasama dengan DAP.

“Yang kerjasama dengan DAP adalah PH dengan Muhyiddin..itu baru betul,”tambah Isham.

Menurut Isham, bukan beliau sahaja yang tidak faham tentang apa yang dikatakan Muhyiddin itu.

“PAS pun pening dengan dia. Saya ada jumpa orang PAS di surau. Kat surau, kita tak boleh tipu.

“Dia cakap kali ini, dia akan undi BN. Alhamdulillah, terima kasih penyokong PAS,” katanya.

Isham berkata, beliau faham kenapa penyokong PAS semakin ramai memihak kepada BN, antaranya mereka tahu jika mereka undi PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia/BERSATU) atau PN, yang menang adalah roket.

“Roket yang bertanding di Shah Alam adalah PAN (Parti Amanah Negara).

“Orang PAS tahu, kalau undi PN…,yang menang adalah PAN. Tak kan, orang PAS nak menangkan PAN.

“Ini tak masuk akal. Baik bagi undi itu kepada Isham Jalil,” ujarnya.

Isham berkata, jika undi PAS diberi kepada BN maka jasa mereka tidak akan dilupakan. Malah, selepas PRU15, BN dan PAS boleh disatukan tanpa masalah.

“Lepas PRU, kita bolehlah buat penyatuan.

“Sekarang susah nak bersatu, sebab ada orang ketiga.

“Kalau orang ketiga tak ada maka PN boleh bubar dan bolehlah masuk UMNO atau PAS.

“Sebab itu, kalau nak penyatuan ummah semula, undilah BN.Bila PPBM kalah…,parti itu akan bubar.

“Senang kita (BN) dan PAS nak bersatu semula,” tambahnya.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker