Tragedi kepala air: 7 beranak dikebumi di Felda Lepar Hilir

Jenazah tujuh beranak yang meninggal dunia dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman dihantar pulang untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3, Gambang, Kuantan.

Kesemua mangsa dibawa oleh tujuh van jenazah ihsan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bertolak pada jam 6.25 petang Selasa.

Van jenazah itu diiringi dua kenderaan Unit Kereta Peronda (MPV) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.

Kenderaan itu membawa jenazah Karim Abdullah, 39 dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta lima anak mereka iaitu Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya,10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; Putri Aryana Umaira Karim, 4 dan Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18.

Kesemua mangsa merupakan korban tragedi kepala air yang ditemukan pada Ahad, Isnin dan Selasa.

Menurut kakak ipar Allahyarham Azizah, Rosilawati Kassim, 49, mereka sekeluarga berasa lega kerana proses pengurusan ahli keluarga berjalan lancar.

Katanya, semua anggota keluarga yang berada di Terengganu akan pulang ke kampung di Gambang, Kuantan untuk menghadiri urusan pengebumian pada Selasa malam.

Rosilawati berkata, persiapan untuk majlis pengebumian itu juga diuruskan oleh ahli keluarga dan penduduk kampung yang turut bersimpati dengan tragedi itu.

“Pagi esok kami akan ke Terengganu semula kerana ada dua lagi ahli keluarga yang belum ditemui.

“Jenazah Putri Alleya Maisarah yang baharu dijumpai petang tadi juga telah tiba di HSNZ namun tidak sempat dibawa bersama dan kami akan ke sana semula,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sakan berpeluk, Yasmin Hani dan Alif Hadi disaran kahwin cepat

Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam di Muzdalifah

Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)

Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker