Pelajar IPT cedera ditumbuk, ditendang dan disamun

Pelajar IPT cedera ditumbuk, ditendang dan disamun

KOTA BHARU: Seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) cedera selepas ditumbuk di muka, ditendang sebelum disamun dan ditinggalkan di tepi jalan oleh rakan lelakinya di Jalan Kedai Mulong, sini, kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan bengkak serta lebam di muka, hidung sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut.



Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata mangsa berusia 20-an itu dikatakan keluar bersama rakan lelakinya yang juga suspek jam 10 malam kelmarin untuk makan malam di sekitar bandar di sini.

Katanya, sebaik selesai menikmati makan malam, mangsa diajak oleh suspek supaya menemaninya untuk berjumpa dengan rakan suspek di sebuah hotel.

“Semasa berada di hotel itu, suspek bersama kawan lelakinya mengajak mangsa ke sebuah bilik penginapan. Mangsa yang takut dan curiga dengan tindakan suspek menyebabkan dia meminta suspek menghantarnya pulang.

“Ketika dalam perjalanan pulang, berlaku pertengkaran di antara suspek dan mangsa. Susulan itu, suspek memberhentikan keretanya dan bertindak menumbuk serta menendang mangsa.



“Suspek turut mengambil telefon bimbit dan wang tunai milik mangsa sebelum meninggalkan wanita berkenaan di tepi jalan. Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kerugian RM3,000,” katanya menerusi kenyataan media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya menghubungi Balai Polis Nilam Puri untuk memaklumkan kejadian itu sebelum dibawa ke HRPZ II untuk rawatan lanjut.

“Susulan laporan yang diterima, polis menahan dua lelaki berusia 20-an iaitu seorang anggota tentera dan pemandu lori yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu jam 5.30 petang semalam selepas mereka tampil menyerah diri.

“Kes ini berjaya diselesaikan dalam tempoh 24 jam dengan tertangkapnya kedua-dua suspek dan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya. BH



Pelajar IPT cedera ditumbuk, ditendang dan disamun

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Zul Ariffin & Produksi Drama ‘Perempuan Itu’ Bakal Dipanggil JAKIM


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan

Sharifah Sakinah dikecam jahil samakan tandas dengan syurga



Kecoh Britney Spears belanja gambar bogel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker