5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan

5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan

SEKUMPULAN lima anggota polis disyaki mencuri barang kemas dan wang di dalam tabung ketika melakukan serbuan di sebuah rumah di Kedah, pada Sabtu lalu.

Memetik laporan Harian Metro, seorang suri rumah berusia 36 tahun telah membuat laporan polis setelah mendakwa pasukan serbuan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) itu mencuri seutas rantai dan gelang emas yang bernilai lebih RM8,000.



Wanita berkenaan turut mendakwa wang kertas dalam tabung milik anaknya yang dianggarkan bernilai RM700 juga lesap dan hanya tinggal syiling selain dua barang kemas terbabit.

Menurut sumber, pasukan polis yang diketuai seorang pegawai pada mulanya menyerbu rumah teres dua tingkat dihuni wanita berkenaan bersama suami dan dua anak mereka pada 1.20 pagi Sabtu lalu.

Ketika serbuan, pasangan terbabit sedang tidur di bilik tingkat atas dan wanita berkenaan membuka pintu sebelum membawa polis yang mahu melakukan pemeriksaan terhadap suaminya.

“Hasil pemeriksaan, polis menemui syabu yang dianggarkan seberat hampir empat gram dalam kotak rokok milik suami wanita terbabit sebelum lelaki itu digari di ruang tamu rumah,” katanya.



Tambah sumber itu, anggota polis kemudian menggeledah rumah yang mempunyai tiga bilik di tingkat atas rumah itu dengan masing-masing dijadikan bilik tidur, bilik menjahit dan bilik komputer.

Katanya, ketika polis menggeledah rumah dan tidak menjumpai dadah serta bahan bukti lain, wanita berkenaan sedang menyusu anaknya dalam bilik utama.

Baca juga: Syarikat sarung tangan getah, perabot diingatkan patuhi Akta 446
“Anggota polis kemudian membawa suami wanita terbabit ke IPD untuk tindakan lanjut bagi membantu siasatan kerana memiliki dadah,” katanya.

Namun, pada pukul 5 pagi hari yang sama, wanita tersebut yang memasuki bilik menjahit digeledah polis terkejut apabila mendapati barang kemas yang disimpan dalam kotak hilang manakala tabung besi milik anaknya pecah.



“Wanita terbabit yang tidak berpuas hati kemudian pergi ke IPD untuk bertanyakan mengenai barang kemas dan wang yang hilang itu namun kecewa apabila tiada sesiapa di bilik bahagian narkotik.

“Bagaimanapun, dia berjaya menghubungi seorang pegawai polis keesokannya sebelum dinasihatkan membuat laporan berhubung kejadian itu,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut mengenainya masih lagi dijalankan.

“Siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan jika benar seperti didakwa kita akan mengambil tindakan tegas terhadap pegawai dan anggota yang melakukan perbuatan terbabit,” katanya. E9



5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Intan Najuwa calon menantu ‘limited edition’



Janna Nick persetan netizen

Mimy Fly terkilan teman lelaki dipanggil negro



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker