Gagal selesai masalah air, Pas Kelantan fitnah UMNO

Gagal selesai masalah air, Pas Kelantan fitnah UMNO

Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan mengecam Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah menyalahkan parti itu atas kegagalan kerajaan negeri menguruskan bekalan air bersih kepada rakyat.

Ketua Penerangannya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata, Naib Presiden Pas itu lupa pada 1994 dan 1995, kerajaan negeri telah menswastakan sepenuhnya bekalan air kepada Kelantan Water Sdn. Bhd dengan penglibatan Thames Water.



Kata beliau, serentak dengan pengswastaan itu, mereka berjanji untuk menyediakan peruntukan kira-kira RM2 bilion kepada Bekalan Air Negeri Kelantan.

“Logiknya bermula 1994, apakah keperluan Kerajaan Persekutuan membantu perkhidmatan swasta itu dengan menggunakan mana-mana peruntukan pembayar cukai?

“Beliau juga mungkin lupa, pinjaman RM600 juta dari Kerajaan Persekutuan itu bukan berlaku pada 1990, tetapi tahun 2000, iaitu sebaik sahaja selesai pengambilalihan Kelantan Water dari Thames Water yang mereka sendiri buat.

“Apa salahnya kerajaan Pas Kelantan akui kesilapan dahulu dan sama-sama kita betulkan sekarang?” soalnya menerusi kenyataan kepada media, hari ini.



Dalam temubual dengan sebuah akhbar pada 20 April lalu, Mohd Amar dilaporkan berkata, sebelum 1990, kerajaan pusat pada waktu itu meluluskan projek Bekalan Air Kelantan Utara (BAKU) sebanyak RM600 juta untuk menyelesaikan masalah air.

Tetapi, kata beliau, apabila UMNO dan Barisan Nasional (BN) kalah pada PRU 1990, projek itu dibatalkan serta merta menyebabkan peruntukan terhenti.

Sejak itu, katanya, dalam tempoh 10 tahun, apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertemu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin, baharulah kerajaan pusat meluluskan semula RM600 juta.

Menurut Mohd Azmawi Fikri, kenyataan Mohd Amar itu tidak lebih sebagai mainan politik selepas Pas kehabisan isu untuk menyerang UMNO dan BN.



“Nak main isu royalti takut makan diri sendiri. Jadi, mereka salahkan UMNO dan BN atas isu bekalan air, walaupun jelas mereka gagal menanganinya sejak 1990.

“Mereka nak beritahu kepada rakyat kononnya mereka tidak pernah silap dalam apa jua pentadbiran dan keputusan. Semuanya diletakkan kesalahan kepada pihak lain,” katanya.

Beliau menegaskan, tuduhan Mohd Amar konon UMNO dan BN membatalkan projek BAKU adalah fitnah semata-mata, yang bertujuan cuba memesongkan fikiran anak muda untuk menyalahkan UMNO. MG

Gagal selesai masalah air, Pas Kelantan fitnah UMNO




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat



Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa

Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker